Knowledge Garden @ Kampung Buku tarikan baru di Langkawi

Baru-baru ini Malaysia Backpackers telah pergi ke Langkawi untuk melihat produk pelancongan baru iaitu Knowledge Garden @ Kampung Buku yang bakal menjadi tarikan kepada pelancong tempatan mahu pun pelancong luar. Untuk pengetahuan anda semua Kampung Baru ini adalah cetusan ilham bekas Menteri Besar Kedah iaitu YAB Dato’ Seri Sanusi Junid yang terletak di pinggir kaki bukit air terjun Lubuk Semilang kira-kira 25 minit dari Pantai Chenang dan 9 minit dari Pekan Kuah. Kampung Buku ini merupakan sebuah pusat perkampungan pengedaran buku-buku lama dan baru daripada pembekal-pembekal. Perkampungan Buku ini merupakan yang ke-7 terdapat di dunia dan merupakan mercu tanda berbentuk “edu-tourism” kepada pulau lagenda ini.

Sekarang ini telah diberi nafas baru oleh Kementerian Pelancongan dan Budaya (MOTAC)  yang digerakkan oleh Balai Seni Visual Negara melalui program Knowledge Garden @ Kampung Buku dengan kerjasama agensi kerajaan sektor pelancongan di bawah Motac dan agensi kerajaan negeri. Apa yang menarik dalam program ini adalah terdapat Bengkel Pensil Warna, Bengkel Eksplorasi Epoksi Resin, Bengkel Seni Tali Leher, Bengkel Seramik, Bengkel Jikey, Demostrasi Batik, Demonstrasi Kueh Melayu Tradisional, Demostrasi  Melakar, Demostrasi Pemuliharaan Emas, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Program Buku Jalanan, Pameran dan Cerita Pokok.

Demostrasi Melakar

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendidik dan mencetuskan idea kepada penduduk Langkawi dengan mendedahkan kepada mereka tentang ilmu mengenai seni dan budaya supaya mereka dapat menginovasi dan mencipta produk seni anak Langkawi.  Selain itu program ini juga bertujuan untuk menghidupkan kembali Kampung Buku  untuk menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

Bengkel Jikey
Datuk Rashidi Bin Hasbullah, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Berbaju putih)

Datuk Rashidi Bin Hasbullah yang juga Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia  menyatakan program sangat baik untuk pengunjung tempatan khusus penduduk Langkawi kerana dapat mempelajari dan seterusnya menjual produk-produk pelancongan yang dihasilkan melalui pembelajaran di Knowledge Garden @ Kampung Buku. Beliau juga berharap dengan adanya program sebegini mendapat sokongan penduduk Langkawi seterusnya melibatkan dalam aktiviti dan secara tidak lansung dapat menarik minat pelancong asing untuk hadir. Melalui penglibatan penduduk Langkawi dan pelancong asing  akan menghidupkan Knowladge Garden @ Kampung Buku.

Saya turut mencuba Bengkel Eksplorasi Epoksi Resin di mana untuk membuat cenderamata dari kerang. Mudah dah senang.  Melihat kepada bengkel ini, saya melihat peluang kepada penduduk tempatan untuk menjual cenderamta yang dibuat kepada pelancong. Menurut Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara Prof. Dato Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa program ini adakan diadakan selama 7 bulan di mana 3 bulan yang pertama di kendalikan oleh Balai Seni Visual Negara dan seterusnya di bawah Muzium Negara.

Beliau turut  menambah bahawa program ini adalah ‘knowledge transfer program’ dengan kerjasama agensi kerajaan di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dan Kerajaan negeri Kedah di mana agensi yang terlibat akan mengendalikan workshop atau memberi tunjukkan ajar pengunjung terutama penduduk tempatan dan pelajar sekolah dengan jaringan pihak sekolah. Seterusnya memberi peluang kepada mereka untuk menjadi usahawan dalam bidang seni dan kraftangan melalui jaringan pihak sekolah dan komuniti penduduk tempatan

Ketua Pengarah Balai Seni Visual Negara Prof. Dato Dr. Mohamed Najib bin Ahmad Dawa (Berbaju Oren) bersama sebahagian Ahli Lembaga Amanah Balai Seni Negara

Turut hadir dalam “Walkabout” Knowledge Garden @ Kampung Buku adalah ahli Lembaga Amanah Balai Seni Negara seramai 8 orang yang diketuai oleh Datuk Seri Farid Bin Ridzuan dan terut mengiringi dalam walkabout ini adalah Tan Sri Norliza bt Rofli, Ketua Pengarah  Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Nafisah Ahmad, Ketua Pengarah Perpustakaan Negara dan Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim.

Kehadiran ahli lembaga dan tetamu jemputan ini amat penting dalam kelansungan program untuk diperluaskan bukan sahaja di Langkawi sebalik di tempat-tempat lain yang saya fikir amat memerlukan program sebegini dalam mempromosi produk tempatan berasaskan makanan, seni dan budaya tempatan.

Jika anda berada di Langkawi jangan melepas peluang untuk datang ke Knowledge Garden @ Kampung Buku kerana banyak perkara yang anda boleh pelajari dan sertai aktiviti di sana. Tidak rugi untuk anda hadir kerana secara tidak anda dapat pelajari perkara yang baru. Jika diberi peluang sekali lagi saya ingin hadir dalam Bengkel Eksplorasi Epoksi Resin dan Bengkel Pensil Warna. Ini kerana saya melihat peluang untuk berniaga dalam bidang cenderamata melalui Bengkel Eksplorasi Epoksi Resin apa besar.

Tarikh : Setiap Bulan , Sabtu Minggu Pertama
Masa : Bermula 8.30 Pagi – 5.30 Petang
Lokasi : Knowledge Garden @ Kampung Buku bersebelahan Taman Rekreasi Lubuk Semilang Langkawi.

Related Post

3 Comments

Leave a Reply