Kurta Moden untuk Pengembara oleh Cirgaro Apparel

Baru-baru ini Malaysia Backpackers telah dijemput untuk melihat pakaian dari Cirgaro Apparel latest fashion yang terbaru iaitu Kurta Neo dan juga butik mereka yang kedua yang baru di buka di Plaza Shah Alam. Untuk pengetahuan  anda brand Cirgaro sudah lama berada dalam dunia perniagaan dan Cirgaro Apparel sudah lebih dari 1 setahun

Apa yang menarik tentang Cirgaro Apparel adalah mereka menggunakan fabric dari Korea berbeza dengan kurta-kurta dan pakaian wanita yang ada di Malaysia. Selain itu design fashion mereka itu adalah direka oleh mereka sendiri yang tidak ada mana-mana kedai yang menjual pakaian.

Apa yang menarik bagi kami adalah Kurta Bangsawan adalah fashion kurta moden yang paling laris pada tahun 2016 kerana diperbuat dari cotton linen yang buat rasa sejuk (cool effect) apabila memakainya selain lasak dan sesuai untuk orang seperti anda yang aktif dan suka berjalan. Apa yang tidak tahu tentang Kurta Moden Cirgaro Apparel direka khas mengikut saiz badan lelaki Malaysia.  Walaupun tampak seperti SLIM FIT sebenarnya adalah direka mengikut saiz perut lelaki besar sedikit.

So tidak perlu risau jika anda boroi macam saya walaupun saya nampak kurus dan macho.

 

Kurta Bangsawan

Untuk tahun 2017 sempena bulan Ramadhan, Cirgaro Apparel telah mengeluarkan Kurta Moden yang terbaru iaitu Kurta Neo yang bercorat futuristik . Memang smartlah selain untuk ke solat atau majlis keagamaan sesuai untuk majlis-majlis rasmi dan formal .

Kurte Neo by Cirgaro Apparel

Pemilihan lokasi baru di Plaza Shah Alam adalah kerana mereka inginkan pelanggan seperti anda berasa selesa dengan pelbagai kemudahan seperti mesin ATM Maybank, CIMB dan HSBC, Giant, tandas dan pelbagai kedai restoran di bawah satu bumbung  yang mungkin anda ingin singgah di dalam selepas membeli belah. Selain itu kemudahan parking kereta yang banyak dan mencukupi memberikan keselesaan kepada anda.

 

Pakaian Wanita : Jubah dan Blouse

Terdapat juga pakain jubah dan blouse perempuan juga ada selesa dan tidak jarang.

Harga bermula dari RM 50 sehingga RM 130. Jika anda berminat dengan Kurta Model Cirgaro Apparel adalah boleh terus ke Plaza Shah Alam atau boleh buat pembelian secara online di :

Website : https://cirgaro.com/
Facebook : https://www.facebook.com/cirgaroapparel/
I
nstagaram : https://www.instagram.com/cirgaroapparel/

 

4 Comments

Leave a Reply