MAHA 2016 Sangat Menarik dan Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti

MAHA2016 kali ini lebih menarik dan meriah dengan pelbagai aktiviti yang dijalankan untuk khas untuk pengunjung-pengunjung yang datang bersama-sama keluarga atau pun rakan-rakan. Apa yang menarik lagi adalah cabutan bertuah 5 buah iphone 7 khas untuk pengunjung bertuah.

Apa itu MAHA? MAHA bermaksud Malaysia Agriculture Horticulture & Agrotourism dengan bertemakan Our Food Our Future. So kalau orang tanya kita dah tahu apa itu MAHA. Untuk tahun ini MAHA2016 terdapa 9 tempat yang harus dilawati iaitu :

  1. Dewan Exhibition Utama
  2. Nenas
  3. Perikanan
  4. Herba dan Sayuran
  5. Floriculture
  6. State Pavillions
  7. Paddy
  8. Pusat Teknologi dan Engine Berat
  9. Perternakan

Kalau korang jenis macam-macam aku yang suka bertanya dan busy body di setiap tempat alamak memang tidak sempat untuk habis dalam masa 1 hari. Kawasan memang luas dan penat untuk jalan kaki. Oleh itu pihak MAHA2016 menyediakan pengangkutan awam bas dan kereta tram. Di samping itu korang boleh menyewa basikal atau skuter elektrik.

1. Industri Perikanan

Bagi yang berminat dengan perikanan boleh berkunjung di 2 tempat iaitu :

1. Jabatan Perikanan Malaysia #myDof Valley

Apa yang menaik di sini ada ikan yang besar dan bernilai tinggi. Harga bukan calang-calang murah. Semuanya mahal-mahal. Fokus di #myDof valley lebih kepada perternakan ikan. Selain itu untuk anak-anak dan keluarga boleh masuk booth Akuaria yang percuma.

dsc_0765-copy
Bagaimana untuk membuat hutan tiruan
dsc_0778-copy
Ikan Kerapu Kerlang

dsc_0788-copy dsc_0800-copy

 

2. LKIM ( Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia) @ Dewan Hall 2

Di bawah LKIM terdapat 40 booth terdiri daripada pengeksport ikan, peralatan teknologi perindustrian perikanan dan produk-produk jualan usahawan berasaskan perikanan. Mengikut pegawai yang bertanggungjawab dari 1st bermulanya MAHA sehingga 7 hb Disember 2016 jualan oleh usahawan telah mencecah sehingga  RM 130K.

dsc_0965-copy dsc_0952-copy dsc_0966-copy

 

2. Industri Tanaman Padi @Laman Padi

Bagi yang ingin mengetahu tentang Industri Tanaman Padi boleh kunjungi LAMAN PADI. Di sini mereka akan menerangkan bagaimana beras dihasilkan dari sawah padi hinggalah menjadi beras. Memang menarik kerana semuanya ada di sini termasuk sawah padi dan juga mesin-mesin memproses beras.

dsc_0807-copy dsc_0809-copy dsc_0813-copy dsc_0823-copy

3. Industri Nenas @ Pineapple Valley

Bagaimana pula dengan Industri Nenas? Industri nenas sekarang sedang meningkat naik dan harga boleh mencapai sebiji nenas bernilai RM10. Untuk mengetahui industri nenas di Malaysia boleh pergi ke booth PINEAPPLE VALLEY. Di Malaysia terdapat 5 jenis nenas yang yang ditanam iaitu Nanas N36, MD2, Nanas Sawarak, Nanas Josapine dan Nanas Moris

dsc_0830-copy
Pengunjung dibenarkan rasa buah dan air Nanas MD2

dsc_0828-copy dsc_0847-copy dsc_0833-copy

 

5. Perindustrian Perternakan dan Tenusu @ Laman Ternakan, Jentera & Pastura

Di sini yang menjadi tarikan utama adalah perternakan lembu sado. Lembu sado di bawah khas untuk MAHA2016. Memang besar dan kita boleh sentuh lembu itu. Kalau nak lihat lembu SADO memang kena datang lokasi ini. Selain itu terdapat juga pertenakan ayam, burung walit dan binatang lain. Dari industri perternakan aku ke industri tenusu. Terdapat susu lembu segar dan kambing ada dijual di sini. Bukan setakat susu tetapi ais-krim berasaskan susu kambing juga ada dijual di sini.

 

dsc_0868-copy
LEMBU SADO

dsc_0856-copy

 

dsc_0876-copy
Burung Walit

dsc_0885-copy

dsc_0886-copy

dsc_0892-copy

6. Industri Herba dan Sayuran @ Laman Sayur & Herba

Bagaimana pula dengan industri herba kita? Untuk kali MAHA2016 di bawa khas tanaman sayuran untuk kita lihat dengan lebih dekat. Bukan setakat sayur yang kita boleh lihat tetapi knowledge yang kita dapat bagaimana hendak tanam sayur dirumah. Ini lah tempat untuk kita melihat teknologi yang digunakan untuk tanaman sayuran dirumah.

Selain terdapat juga tanam herba yang dipamerkan kepada pengunjung seperti pokok herba serai wangi berserta produk dari serai. dsc_0899-copy dsc_0903-copy

dsc_0909-copy
Madu Kelulut

dsc_0911-copy

dsc_0914-copy

 

7. Kalau Lapar nak makan di mana? @ Empayar Makanan

Sebenarnya terdapat banyak food truck di setiap lokasi berkaitan industri. Cuma kawasan food truck adalah kawasan terbuka dan kebanyakan ada western food. Tetapi jika inginkan makanan pelbagai jenis korang kena datang ke EMPAYAR MAKANAN. Di sini terdapat lebih 168 JENIS MAKANAN YANG TERBAIK. Kenapa yang terbaik? Untuk berniaga makanan di sini setiap pengusaha mesti datang menyediakan makanan untuk diuji sebelum dipilih untuk berniaga di sini. Macam nak pilih katering perkahwinan pulak hehehe. Kalau dah macam tu makna bagus untuk kita sebagai pengujung kerana makan yang berkualiti akan memberikan kebaikan kepada badan kita. Lokasi Empayar Makanan terletak di CONFERENCE HALLdsc_0917-copy

dsc_0924-copy

dsc_0921-copy dsc_0919-copy

 

dsc_0894-copy

8. Desa Mall @iatbazaar

Berdekatan Empayar Makanan terdapat ruang perniagaan dari produk-produk kampung di mana terdapat 350 produk berasaskan pertanian. Jika rasa panas di luar boleh singgah di sini kerana berhawa dingin.

dsc_0972-copy

dsc_0915-copy

9. Agrolifestyle @ Dewan Hall 2

Di booth Agrolifestyle adalah booth yang terdiri daripada pengusaha yang menjadikan produk pertanian atau apa sahaja yang berkaitan agro sebagai gaya hidup yang telah dikomersilkan seperti madu kelulut  yang telah dibawa ke Gunung Everest , Sisa jerami padi digunakan sebagai bahan kraf dan perhiasan.  Selain itu terdapat aktiviti untuk kanak-kanak seperti mencanting batik.

dsc_0936-copy dsc_0934-copy dsc_0933-copy

dsc_0940-copy

dsc_0944-copy

10. Laman Florikulture

Di mana laman florikulture terdapat taman tema Upin Ipin ‘Kampung Durian Runtuh’  sesuai untuk kanak dan keluarga. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh kanak-kanak. Untuk masuk ke taman teman ini dikenakan bayaran. Tidak jauh dari Kampung Durian Runtuh jangan lupa singgah ke Jabatan Pertanian kerana setiap jam 5.00 petang akan ada Happy Hour di booth. Happy hour adalah menikmati minuman 100 biji kelapa muda percuma untuk pengunjung. Oleh jangan lepaskan peluang jika singgah di sini.

Terdapat juga jualan buah Merlon oleh penguasaha Merlon itu sendiri di mana beliau yang tanam dan jual sendiri.

 

dsc_0974-copy

dsc_0976-copy

dsc_0980-copy
100 biji kelapa muda percuma

dsc_0981-copy

11. Castle Of Fruits

Castle of fruits atau Istana Buah-Buahan di mana terdapat pelbagai jenis buah-buahan yang dijual. Sekarang ini mereka telah lelong banyak buah jagung yang harganya sungguh murah. Kalau nak borong pastikan ada bawa troli.

Selain terdapat juga pokok-pokok benih yang dijual di sini untuk pengunjung. So kalau korang sedang cari pokok perhiasan boleh cuba cari di sini.

dsc_0990-copy

dsc_0997-copy dsc_0998-copy dsc_1000-copy dsc_1001-copy

12. Rthyme of Farmers 

Untuk aktiviti santai dan relax adalah di sini di mana bermula malam ini ada persembahan dari Ramli Sarip, Kumpulan Khalifah dan lain-lain. Jangan bermula mlm ini

dsc_0986-copy

dsc_0985-copy dsc_0983-copy

Cuma ada beberapa tempat yang aku tak sempat nak pergi lawat biasalah tempat ini besar seperti Mak Cun, AgroYouth Camp dll. Kalau satu hari memang tak sempat nanti aku kongsikan tip bagaimana hendak ke sana.

dsc_0988-copy
Mak Cun

 

Jangan risau jika ada sesat kerana terdapat banyak gergasi peta di setiap lokasi utama. Di samping itu tidak silap aku peta MAHA2016 ada juga dijual RM1.00 jer.

peta MAHA2016
Peta MAHA2016

venue

Kepada yang nak datang MAHA sila datang seawal jam 8 pagi dan parking berdekatan di Pintu 1 betul dekat dgn tepi jalan menuju masuk ke dalam MAHA. Bersedia dengan payung atau baju hujan. Kalau boleh bawa troli macam nak ke pasar kerana banyak jualan murah di sana. Memang memang korang tak larak nak angkat punya. Pengangkutan bas dan tram disediakan. Cuma tempoh nak menunggu tak lama dan tak cepat sangat.

Yang penting jangan Lupa Untuk dimenangi, #JomPiMaha #LuckyDraw #CabutanBertuah#5iPhone7

Tarikh : 09/12-10/12 Masa : Jam 8:30 – 11:00 Malam

Untuk maklumat lanjut : MAHA2016

577 total views, 3 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: