MAJLIS ANUGERAH HOMESTAY SELANGOR 2015/2016

Homestay adalah perkara tidak asing dikalangan rakyat Malaysia. Baru-baru ini Majlis Anugerah Homestay Selangor 2015/2016 telah diadakan di Hotel Grand Bluewave Shah Alam dengan dihadiri semua wakil-wakil pengusaha homestay di Selangor. Menurut Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Selangor majlis ini adalah bertujuan untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha homestay yang telah menunjukkan komitman dan prestasi cemerlang dalam membangunkan industri homestay di kampung mereka.

Menurut Pengarah Tourism Selangor bahawa industri pelancongan melalui homestay telah menjanan RM2.2 juta dari Januari – Oktober 2016. Manakala bagi di Selangor telah menjana RM 250K  dari Januari – Oktober. Ini bermakna homestay memberi pulangan yang baik kepada ekonomi negara. Dari segi pencapaian mengikut negeri, Selangor berada di tempat no.3 terbaik berbanding negeri-negeri lain

Majlis ini telah dirasmikan oleh Datuk Musa Haji Yusof Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa (Asia & Africa). Menurut beliau apa yang perlu diperbetulkan definasi HOMESTAY itu sendiri dikalangan rakyat Malaysia. Homestay itu sendiri bermaksud adalah tinggal bersama tuan/rumah dan mempelajari budaya kehidupan berkeluarga dan masyarakat setempat.

Disebaliknya perkataan homestay itu digunakan untuk rumah sewa untuk tempoh yang pendek. Sepatutnya perkata yang sesuai untuk rumah sewa itu adalah GUESTHOUSE.

Datuk Musa menambah perlunya generasi muda untuk mengambil alih sebagai pelapis dalam industri homestay ini dan secara tidak lansung mengurangkan mingrasi generasi muda ke bandar. Jika mereka boleh menjana pendapatan melalui homestay tiada keperluan untuk mereka ke bandar.

Malaysia Backpackers amat tertarik dengan ucapan yang menyentuh tentang penggunaan dalam WeChat sebagai medium pemasaran online semasa mereka membuat promosi di China. Menurut wikipedia pengguna aktitf WeChat sendiri seramai 700 juta dan sebahagian dari 70 juta adalah dari luar China. Malaysia Backpackers sendiri menggunakan WeChat sebagai medium untuk berkongsi maklumat travel dan backpackers. Akaun untuk perniagaan tidak sama dengan akaun peribadi kerana cirinya berbeza. Andai mana-mana homestay ingin membuat akaun WeChat, Malaysia Backpackers sedia membantu.

whatsapp-image-2016-12-07-at-18-01-19       whatsapp-image-2016-12-07-at-18-01-13

 

Majlis ini telah berlansung sejak 2013 dan pada tahun ini telah menambah 2 Anugerah Media Homestay dan Anugerah IKON Homestay Selangor disamping mengekalkan 7 anugerah lain seperti tahun lepas. Antara 7 Anugerah yang disampaikan pada tahun ini adalah :

  1. Anugerah Ketibaan Pelancong Domestik Tertinggi  – Homestay Kg Edah
  2. Anugerah Ketibaan Pelancong Antarabangsa Tertinggi – Homestay Banghuris
  3. Anugerah Pendapatan Homestay Tertinggi – Homestay Banghuris
  4. Anugerah Homestay Harapan Negeri Selangor – Homestay Bt 23 Sg Nibong
  5. Anugerah Homestay Terbaik Negeri Selangor – Homestay Banghuris
  6. Anugerah “Plant A Tree” – Homestay Sg Sireh
  7. Anugerah Pakej Inovatif Homestay Selangor – Homestay Bougainvillea
  8. Anugerah Media Homestay – Majalah Santai/ Santai Travel
  9. Anugerah IKON Homestay Selangor – Ana Rafali

Semoga anugerah ini diteruskan untuk tahun-tahun akan datang dan Homestay Selangor terus sukses pada mendapat tempat dikalangan rakyat tempatan dan luar negara.

p/s : Kalau ada Anugerah Media Online Homestay bestlah mana tau Malaysia Backpackers boleh menang hehehe.

 

dsc_0705-copy dsc_0707-copy dsc_0710-copy

dsc_0714-copy
Wakil dari Homestay Sg Sireh

dsc_0724-copy

dsc_0737-copy
Homestay Sg Sireh – Anugerah “Plant A Tree”

dsc_0741-copy

dsc_0746-copy

Related Post

Leave a Reply