Malam Gala Filem Dorm Melati

Dua hari lepas aku dijemput menghadiri Malam Gala Filem Dorm Melati. Ramai artis-artis dijemput sama ada artis dibawah pengurusan MIG atau bukan. Terus terang bukan semua aku kenal artis Malaysia sebab jarang mengikut perkembangan industri hiburan sangat. Hanya sebilangan sahaja yang aku kenal maklumlah sudah banyak sangat artis baru yang tumbuh bagaikan cendawan.

Usaha Mejar (K) David Teo sangat bagus dalam memperkenalkan bakat-bakat baru dalam dunia perfileman. Antara bakat-bakat pelakon yang telah diperkenalkan beliau dan sudah menjadi terkenal adalah Maya Karin, Lisa Surihani, Farid Kamil, Yana Samsudin, Shaheizy Sam, Nora Danish dan ramai lagi.

Sebagai pembukan tirai  tahun 2017, MIG dengan filem terbaru yang bertajuk Dorm Melati. Filem bergenre Seram ini terhasil berdasarkan kisah benar yang terjadi di sebuah pusat pengajian tinggi di sebuah negeri. Filem ini memilih Taiping serta Bukit Larut, Perak sebagai latar utam lokasi.

Apa pun filem masih boleh dianggap terbaik dan berbaloi untuk ditonton. Abam bagi 4 dari 5. kerana aku memang takut kalau menonton filem hantu. Siapa yang pernah menonto filem hantu dengan aku tahulah macam bila aku terkejut hahah.

Jangan lupa saksikan Dorm Melati bermula hari ini 12 Januari 2017 di pawagam berhampiran.

P/S : Untuk review penuh boleh lihat di sini REVIEW PENUH DORM MELATI.

 

Related Post

2 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: