Malam Tradisi Tioman 2017

Apakah yang kita boleh buat pada hujung bulan Mac di pantai timur Malaysia? Sudah pastilah
melawat pulau-pulau yang indah disana! Pada hujung Mac 2017 kami sekali lagi diberi
peluang oleh Berjaya Hotel & Resort untuk melawat Pulau Tioman. Tahukah anda Pulau
Tioman adalah antara pulau yang mempunyai batu karang yang tercantik di dunia ini. Kami
boleh berkata Oh Yes! apabila dijemput sekali lagi ke Berjaya Tioman Resorts, tetapi kali ini
bersempena dengan Pelancaran Malam Tradisi Tioman dan juga Perasmian Feri Rasmi
Berjaya ke Pulau Tioman.

Trip kali ini adalah selama 3 hari 2 malam. Kami bertolak dari Hotel Berjaya Time Square di
Kuala Lumpur seawal 5.30 pagi. Di sebab kan kami perlu bertolak awal pagi pihak Berjaya
telah bermurah hati menyediakan kami penginapan malam sebelum kami bertolak.
Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Jeti Tangjung Gemuk memakan masa selama 5-6 jam
bergantung pada trafik dan juga cuaca.

Setelah 5 jam perjalanan kami telah tiba di Jeti Tanjung Gemuk, tepat pada masanya untuk
majlis perasmian Feri Rasmi Berjaya ke Pulau Tioman. Pejabat feri ini beroperasi setiap hari
dari jam 10.00 pagi sehingga 6.00 petang di Tanjung Gemuk. Okay feri ini cuma mengambil
masa sebanyak 100-120 minit (bergantung pada arus laut dan juga cuaca) untuk tiba di
jeti Kampung Tekek di Pulau Tioman. Selain dari Tanjung Gemuk, servis feri ke sana juga
boleh di ambil dari Mersing melalui feri dari syarikat persendirian yang lain. Kelebihan
mengunakan laluan dari Tanjung Gemuk ialah feri dapat berlepas pada waktu yang
ditetapkan kerana jikalau dari Mersing waktu berlepas adalah bergantung pada air pasang
disana. Harga bagi perkhidmatan feri ini adalah rm 75 untuk dewasa dan juga rm 65 untuk
kanak-kanak.


Kalau terasa seperti hilang arah apabila berada di Jeti Tanjung Gemuk, dan tidak tahu macam
mana nak dapat kan feri ini. Jangan risau sebabnya ada Ask-Me-Ambassadors dari Berjaya
Tioman Resort yang akan menyambut anda dan membantu anda di sana nanti. Macam mana
nak kenal mereka ini, senang je mereka ini akan berpakaian baju kuning terang, merah, biru
atau hijau, antara servis yang boleh anda dapatkan dari Ask-Me-Ambassadors ini
ialah validate boarding pass anda, bantu angkat bagasi anda masuk feri dan termasuklah bagi
rekomendasi dan cadangan kedai makanan yang berhampiran untuk anda yang lapar.

Jadi aku rasa sejak ada servis feri dan AMA ini urusan nak ke pulau tioman banyak
dipermudahkan. Terbaik! Okay masa untuk naik feri, dari kepanasan semasa di Jeti terus
terasa segar apabila masuk ke dalam feri Berjaya ini, ada penghawa dingin yang besar tu!
Maka tidak lamalah sebelum kami tidur dalam feri ni sampailah ke pulau hahaha.
Selepas hampir dua jam di lautan akhirnya tiba juga ke Berjaya Tioman Resort. Kali ini kami
dapat berlabuh di Jeti Berjaya Tioman Resort, ini adalah perkara yang sangat “Rare” kerana
feri penumpang tidak boleh berlabuh disana kerana ia berada di dalam kawasan Taman Air.
Okay aku rasa sangat istimewa kali ini. Sebaik saja keluar feri dari badan yang kelesuan dan
letih dari perjalanan yang panjang, terus jadi segar selepas melihat pantai dan lautan Tioman
yang cantik! Disebabkan kali ini aku datang pada musim luar monsoon, makanya aku dapat
lihat keindahan sebenar Tioman ini. Memang rasa nak terjun terus dari jeti bila tengok air
yang jernih dan kebiruan itu.

Selepas makan tengahari di Restoran Nelayan Berjaya Tioman Resort, kami check in dan
berehat sebelum memulakan aktiviti petang. Setelah beberapa jam tepat pukul 5 petang kami
berkumpul di pantai berhampiran Beach Bar untuk aktiviti menanam pokok kelapa. Pertama
kali aku buat perkara ini, dan ia sebenarnya amat mudah untuk menanam pokok kelapa.

Gali lubang dipantai dan letak sahaja biji kelapa yang telah tumbuh anak pokok, semudah satu dua tiga saja! Selepas aktiviti itu kami bercadang untuk keluar ke marina di Kampung Tekek,
memang menarik terasa seperti hartawan yang mempunyai kapal-kapal layar apabila sampai
sana. Antara tempat yang menarik boleh dilawati bila berada disini. Hari hampir senja kami
pun kembali ke hotel dan menikmati matahari terbenam yang sangat cantik pada hari itu.
Okay hari sudah malam dan perut sudah lapar, dan kami telah dijamu dengan hidangan alacarte

di Restoran Matahari yang pakar dalam masakan dari Thailand. Kami dihidangkan
dengan pelbagai masakan yang lazat, dari pembuka selera sehingga manisan yang lazat! Bagi
aku ada menu yang buat aku segama minda dan ada juga menu yang sederhana saja, Apa pun
secara keseluruhan makan malam kali ini adalah baik dan memuaskan. Selepas makan
malam kami sempat juga berjalan ditepian pantai di temani dengan angin laut yang sejuk
sebelum balik ke bilik untuk tidur kerana keesokan hari kami akan penuh dengan aktiviti dari
pagi sehingga malam.

Hari kedua, bangun pagi dan bersiap terus ke Restoran Nelayan untuk sarapan. Seperti biasa
restoran Nelayan Berjaya Tioman Resort ini sentiasa menyediakan menu yang menepati
selera aku. Selepas makan secukupnya, kami bergerak ke padang untuk acara sukaneka
tradisi…. ya sukaneka, hahaha. Pihak penganjur telah meminta pihak media melantik
pengurus dan juga atlit (ya atlit sukaneka), tanpa sebarang keraguan aku melantik diri sendiri
menjadi pengurus pasukan (kes overdosed gula tiba-tiba menjadi lebih semangat). Kami
menamakan pasukan kami Medialicious sebab kami kumpulan paling happening dan lazat di
pandang.

Terdapat lebih kurang 9-10 jenis permainan tradisional seperti galah panjang, main guli,
baling selipar, tarik upih kelapa dan banyak lagi. Bila lihat dan menyertai sukan tradisi ini
membuatkan aku terkenang zaman kanak-kanak aku, dulu aku sangat aktif bermain
permainan seperti ini, ada sukan yang aku tak boleh main lain disebabkan faktor kegemukan
hahaha antaranya ialah galah panjang dan juga baling selipar yang memerlukan stamina yang
tinggi kerana sifat permainan itu yang lincah dan pantas. Tetapi ada beberapa permainan
yang aku pakar sepeti pancing tin dan tarik upih kelapa. Setelah beberapa jam bertarung
dengan empat lagi pasukan yang hebat juga akhirnya kami hanya berjaya menduduki tempat
kedua. Tidak kurang hebat juga kami kerana kebayankan dari kami sudah lama tidak bermain
permainan/sukan tradisi ini. Tempat pertama telah dimenangi oleh pasukan dari Kampung
Tekek.

Selepas habis sahaja sukaneka kami terus ke dive center untuk makan tengahari. Sambil
makan tenghari kami juga telah dimaklum balas tentang progress TICD 2016 yang lalu.
Terdapat beberapa perkara yang telah terjadi pada batu-batu karang yang diselamatkan dari
crown thorn yang membunuh batu-batu karang ini. Tetapi masih banyak lagi ruang yang
boleh diperbaiki pada masa akan datang terutamanya menjelang TICD 2017 pada Oktober
tahun ini.

Setelah selesai makan, kami telah di bahagi kan kepada dua buah kumpulan.
Terdapat kumpulan yang akan snorkeling dan juga akan diving. Kami telah memilih diving
dan kumpulan diving dibahagi kepada dua iaitu untuk diver berlesen dan juga kami diver
yang tidak berlesen akan cuba Discovery Scuba Diving (DSD). Ini adalah pertama kali aku
diving dan ia membuat aku sangat teruja, baru aku tahu yang tangki gas oksigen itu agak
berat dan jaket yang dipakai juga mempunyai pelbagai fungsi. Untuk DSD kami tidak perlu
menaiki bot untuk ke tengah laut, cukup sekadar berjalan dari dive center ke pantai dan terus
masuk ke laut. Walaupun tidak sedalam kawasan diving berlesen, bagi aku kedalam untuk
DSD ini cukup dalam sekitar 3-5 meter kami telah dive. Ia merupakan pengalaman terbaik aku alami sepanjang tahun ini. Mungkin tahun ini adalah tahun untuk aku ambil lesen diving pula?

Setelah habis DSD lebih kurang 40-60 minit juga, kami balik semula ke dive center dan
menuju pulang ke bilik masing untuk berehat dan bersiap untuk acara utama trip kali ini iaitu
Malam Tradisi Tioman! Malam Tradisi Tioman adalah malam yang memperkenalkan tradisi
melayu yang terdapat di Pulau Tioman ini. Jadi kami pun haruslah berpakaian tradisi
bersempena malam ini. Majlis bermula sekitar jam 8.00 malam. Kami telah dijamu dengan
masakan tradisi melayu seperti ayam percik, ikan masak lemak, udang sambal dan yang
paling aku suka ialah Asam Pedas Ekor Lembu, wow itulah yang aku boleh katakan memang
terbaik asam pedas ekor lembu itu, walaupun ia kurang pedas mengikut standard asam pedas
melaka atau pun johor.

Pada masa yang sama kami telah dihiburkan dengan persembahan
tradisi yang unik dan menarik dan penuh dengan tenaga. Pada akhir acara ini kami semua
telah dijemput untuk berjoget bersama-sama di atasa pentas. Malam yang meriah dan
menghiburkan semoga pihak Berjaya Tioman Resort terus kan projek-projek menarik seperti
ini lagi pada masa akan datang.

Hari terakhir kami membuat aktiviti bebas sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur.
Sebelum kami ke jeti kampung Tekek kami sempat ke kedai bebas cukai disana. Seperti biasa
coklat dan gula adalah barangan yang menjadi pilihan kami semua untuk dibawa pulang ke
Kuala Lumpur. Kami tiba di jeti dan feri kami telah bersedia menunggu kami dan perjalan
pulang ke Tanjung gemuk kali ini adalah sangat lancar terima kasih kepada servis feri Berjaya
Tioman yang efisien.

Sesudah tiba di jeti Tanjung Gemuk kami menaik bas baru oleh Sanwa
Tour, memang terbaik bas ini sangat selesa dan mempunyai sokat pengecasan USB! Sanwa
Tour adalah penaja bas kami dari Kuala Lumpur-Tanjung Gemuk-Kuala Lumpur, dengan bas
yang selesa dan pemanduan yang berhemah dan cermat, kami rasa lebih selamat dan selesa
sepanjang perjalanan. Kalau diberi peluang lagi aku pasti akan kembali ke sana lagi dan
meluangkan masa lebih lama. Apa pun trip kali ini lebih menarik dari yang lepas. Terima
kasih kepada pihak Berjaya kerana menjemput kami sekali lagi ke Tioman. 😀

 

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: