Malaysia Backpackers di Tioman Island Clean-up Day (TICD) Day 1

Untuk percutian kali ini, Malaysia Backpackers telah pergi ke ke Pulau Tioman untuk melihat bagaimana Berjaya Hotel Resort and Resort Tioman menjalankan Program Tioman Island Clean-Up Day (TICD). Untuk pengetahuan anda program telah bermula sejak tahun 2011 yang dianjurkan oleh mereka. Bermakna sudah masuk ke 6 kali program ini dianjurkan. Tiap-tiap tahun program ini dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai dalam memelihara kehidupan laut

Kami rasa bertuah untuk berada di Pulau Tioman untuk bersama-sama untuk menjayakan program ini bersama divers dari Malaysia dan juga Singapura

Perjalananan kami bermula di Kuala Lumpur  di mana kami mula bergerak di hotel Berjaya Times Square jam 5 pagi dan tiba lebih kurang 10 pagi di Jeti Tanjung Gemuk yang terletak di daerah Rompin, Pahang. Selain dari Jeti Tanjung Gemuk untuk ke Pulau Tioman, kita boleh pergi melalui Mersing dengan Ba

Seterusnya kami dibawa ke Pulau Tioman dengan menaiki bot. Keseluruan perjalanan kami mengambil mengambil masa 8 jam dengan cuaca yang mendung. Sedikit sebanyak membuatkan kami risau jika berlakunya ribut atau hujan.

img_20161021_170730

Walaubagaimanapun alhamdulillah perjalanan kami berjalan-lancar kerana cuaca masih baik. Laut yang tenang sehingga di waktu malam secara lansung membuat kami rasa teruja untuk menerokai Pulau Tioman dan apa yang ditawarkan oleh Berjaya Resort Hotel Tioman.

img_20161021_181408

Banyak aktiviti yang menarik yang boleh dilakukan antaranya yang sempat kami lakukan adalah snorkeling, kayaking, menaiki glass bottom boat dan bermain golf. Kami terasa teruja di mana terdapat banyak ikan-ikan dari pelbagai spesis yang mengikut kami semasa aktiviti snorkeling. Pemandangan dasar laut sangat menarik di tambah dengan batu karang yang cantik dan berwarna-warni

img_20161021_162501

Diver planting coral on Coral table. Photo by Tianchad photo blogger.
Diver planting coral on Coral table. Photo by Tianchad photo blogger.

Di sebelah malam pula hidangan buffet antarabangsa sunggunh menyelerakan. Terdapat pebagai juadah masakan antarabangsa disediakan untuk tetamu hotel. Aktiviti kami disambung dengan Night Walk di mana kami berjalan di tepi pantai sambil menyelami suasana pantai dan angin sepoi-sepoi bahasa. Kami menemui banyak sarang ketam sepanjang kami berjalan di tepi pantai.

_dsc8951

Seharian kami beraktiviti di Pulau Tioman bermula dengan jejak sahaja di Pulau Tioman tanpa henti. Memang penatlah tapi kami enjoy. Tak sabar pulak untuk hari yang kedua. Tunggu yer post kedua kami di Berjaya Resort Tioman.

Leave a Reply