Masin Taip Buruk di Jonker Walk

Pasar Karat atau dalam bahasa Inggeris adalah Vintage Market kerana kebanyakan barang-barang yang dijual adalah barang lama yang mempunyai nilai yang tinggi seperti duit-duit lama,  piring hitam , signage lama dan macam-macam lagi. Dengan erti kata barang-barang vintage yang kita nak semua ada. Mengikut pengalaman saya ke beberapa pasar karat , kalau di Shah Alam Selangor iaitu pada setiap Ahad pagi berhampiran Stadium Shah Alam. Kebanyakan barang yang dijual telah dicampur aduk dan tidak setempat.

Berbeza pula dengan di Pulau Pinang , saya rasa pasar karat di sana lebih besar dari Jonker Walk dan banyak jenis barang lama yang dijual. Tetapi bagi saya setiap pasar karat pasti ada perbezaan dan keunikan dari segi barang-barang yang dijual kerana barang lama yang dijual sebenarnya dipengaruhi oleh tempat atau pembangunan bandar seperti Shah Alam boleh dikatakan masih baru berbanding dengan Bandar Melaka. Sudah pasti bandar Melaka yang mempunyai pelbagai cerita sejarah yang lampau mempunyai barang-barang lama berbanding pasar karat di Shah Alam.

Di sini ada beberapa gambar yang sempat saya snap yang boleh membuatkan ada rasa ingin memilikinya atau sekurang-kurangnya boleh mengimbau kenangan silam :).

Tempat : Jonker Walk , Melaka
Masa    : 8.00 AM – 12.00 PM
Hari      : Ahad Setiap Pagi.

iphone 1274 (Copy) iphone 1276 (Copy)

iphone 1277 (Copy) iphone 1283 (Copy) iphone 1282 (Copy) iphone 1280 (Copy) iphone 1279 (Copy) iphone 1278 (Copy) iphone 1284 (Copy) iphone 1286 (Copy) iphone 1287 (Copy) iphone 1288 (Copy) iphone 1289 (Copy) iphone 1296 (Copy) iphone 1294 (Copy) iphone 1293 (Copy) iphone 1291 (Copy) iphone 1290 (Copy)iphone 1281 (Copy)

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below :

Related Post

Leave a Reply