Mencari Ketenangan Di Kalumpang Resort

Baru-baru ini Malaysia Backpackers dijemput sebagai blogger dalam membuat liputan bagi Kalumpang Rainforest Jungle Run 2015 dan Kalumpang Resort dianjurkan oleh  Kalumpang Resort dan Training Center dengan kerjasama Tourism Selangor untuk 2 hari 1 malam.

Satu pengalaman yang menyeronokkan sepanjang saya berada di Kalumpang Resort ini. Sebenarnya saya boleh katakan ini adalah pertama kali saya jejak tempat ini walaupun pernah pergi ketempat sebegini di tempat lain seperti di sungai congkak dan beberapa kawasan lain. Kalumpang Resort dan Training Center ini diasakan oleh En Azlee pada tahun 2005 berkonsepkan 2 dalam 1 iaitu bercorak resort dalam masa yang sama juga adalah sebagai pusat latihan untuk ‘team building’ dan sebagainya kerana ada juga agensi yang membuat kursus masakan di sini pendek kata semuanya boleh hehe.

YDXJ0073

Tidak perlu pergi jauh-jauh atau kena panjat gunung untuk dapatkan feel dalam hutan dan air terjun semula jadi sebaliknya di sini juga anda dapat merasainya dan ditambah dengan makanan yang enak dan exotic. Saya tidak sangka di sini sebenarnya boleh request menu yang unik seperti Sup Kalumpang rasa seperti Sup 3 rasa , Ikan Masak Pedas , Nasi Herba , Nasi Lemak Sambal Awesome! dan paling menarik Jus Markisa yang mempunyai khasiatnya tersendiri.

YDXJ0068

Untuk percutian keluarga di sini memang sesuai sekali untuk membawa anak-anak kerana selain dari sungai terdapat kolam berenang untuk kanak-kanak sama ada bermalam atau atau separuh hari. Tetapi bagi untuk backpackers seperti saya yang suka adventure terdapat package atau Golden Package ‘Half Day Trip’ di mana anda akan dibawa untuk ‘Jungle trekking’ kemudian di sambung dengan Tiubing. Selepas lunch ( disediakan) di sambung dengan aktiviti Obstacle atau River Crossing. Kemudian disambung dengan aktiviti terakhir iaitu 4×4 Off Road. So saya cadangkan anda ambil package ini dengan bayaran hanya RM100/pas

YDXJ0079

Semasa aktiviti tubing agak mencabar juga dengan banyak halang batu dan air kadang-kadang deras. Saya cuba memasang video cam Xiomi Yi , nasib tak hilang akibat pengepit kamera pada life jackat itu patah kerana saya terbalik dengan pelampung sekali heheheh. Maybe sebab dry beg saya yang menjadi punca pengepit kamera itu patah bukan sebab saya terbalik. Kalau tau rugi jer sedangkan saya baru jer beli untuk experimen kamera itu. Apa-apa pun rakaman video yang saya buat gagal maybe salah tekan button yang betul

YDXJ0095

Bagi aktiviti 4×4 memang menarik dan mencabar, saya tidak galakkan kepada yang ada sakit tulang belakang tetapi siapa yang suka kepada cabaran 4×4 adalah tempatnya . Saya sebelum ini tidak pernah rasa naik 4×4 dalam hutan, tetapi bila dah naik barulah tahu rasa dia mcm mana 4×4 bergerak kiri-kanan seperti naik roller-coaster  hehehe. Bila 4×4 itu start bergerak apa lagi tangan dan kaki terus ‘lock’ pada tempat yang sesuai kalau tidak melambunglah saya dalam 4×4 yang saya naik itu yang ‘open’

YDXJ0077

Sekirannya anda ingin mencuba pakage di sini atau sekadar ingin melarikan diri dari hiruk pikuk bandar anda boleh rujuk pada maklumat di bawah :

Kalumpang Resort & Training Center

Lot 426 & 427 jalan sg inki kg pasir putih kalumpang, 44100 Kalumpang

Tel : 019 – 558 3630 @ 019 598 9887

Facebook : Kalumpang Resort And Training Center

Website : http://www.kalumpangresort.com.my/

2

Related Post

Leave a Reply