Muzium Kapal Selam Melaka

Kapal Selam FS Ouessant Agosta 70 merupakan kapal selam latihan krew-krew Kelas Perdana Menteri Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Perolehan kapal selam FS Ouessant Agosta 70 milik bekas Tentera Laut Perancis. Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanahair oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium di Kompleks Muzium Maritim, Pantai Berlian, Klebang, Melaka.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kapal selam FS Ouessant Agosta 70 ini dari pengkalannya di Brest, Perancis telah dimulakan pada 9 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. Fokus utama pameran Muzium Kapal Selam FD Ouessant Agosta 70 ini ialah sejarah kapal selam dan perkembangan terutamanya di negara kita.

Kami pergi ketika itu harga tiket pun masih RM1.00 so kira baru lagi tempat itu dan waktu bekerja. So tak ramai jadi banyak ruang boleh kami explore dalam kapal selam ini. Untuk pengetahuan anda laluan didalam kapal ini hanya boleh dilalui 2 orang sahaja tanpa beg. Memang sempit, kalau bawa beg macam saya memang seorang sahaja lah yang boleh lalui. Nak menyilang badan memang susah . Teringat dahulu sebagai pelatih Kapal Layar DiRaja Tunas Samudera memang sempit dan bau kepamlah dalam tu bila masing-masing berpeluh

Di bawah struktur kapal selam ada maklumat lengkap tentang sejarah penglibatan Tentera Laut Malaysia dalam mengendalikan Kapal Selam ini dan bagaimana kapal selam ini di bawa ke Malaysia dan dijadikan muzium. Selain TV bersaiz 32 inci disediakan untuk tayang video tentang kapal selam ini.

Sebelum ini saya pernah lihat Muzium Kapal Selam di Sydney so dari segi reka bentuk lebih kurang sama sahaja cuma spec seperti enjin , peluru nukleur, teknologi dan kapisiti mungkin berbeza. Yang penting kita harus berbangga Malaysia mempunyai kapal selama demi menjaga kedaulatan dan keamana negara.

Harga Tiket
Untuk memasuki didalam Muzium Kapal Selam ini dikenakan bayaran. Pengunjung dikehendaki membeli tiket dahulu sebelum masuk. Harga tiket tidaklah terlalu mahal.Harga tiket tersebut ialah :
Dewasa : RM 3
Kanak-kanak : RM 1

Waktu Operasi 
Isnin – Khamis : 9 pagi – 5.30 Petang
Jumaat – Ahad : 9 pagi – 6.30 Petang

Alamat
Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang,
Jalan Klebang Besar,
75200 Melaka

Untuk senarai harga tiket muzium di Melaka boleh klik di SINI

Related Post

Leave a Reply