14 Panduan Untuk Ke MAHA2016 Yang Buat Anda Gembira

MAHA 2016 kali ini berbeza dengan tahun lepas dengan sasaran pengunjung seramai 3.5 juta pengunjung. Di sini aku ingin kongsikan bagaimana hendak ke MAHA 2016 supaya korang tetap rasa gembira walaupun letih. Yang paling penting anda sudah bersedia dengan maklumat awal tanpa anda rasa bengang dan kecewa menyebabkan anda kecam sama penganjur.

1.  Tekan WAZE ke UPM Serdang atau MAEPS. Datang seawal mungkin dalam pukul 8 supaya anda dapat parking berdekatan di pintu masuk utama dan tidak ramai orang. Tempat parking di Pintu 1 dan Pintu 2.

2. Caj bayaran parking Kenderaan dikenakan bayaran RM5 manakala bagi motosikal aku kurang pasti.

whatsapp-image-2016-12-09-at-21-26-33

 

3. Persediaan sebelum : Sila bawa payung atau baju hujan sebagai langkah persediaan jika hujan. Jika panas terik boleh gunakan payung juga. Sila rujuk Jabatan Cuaca Malaysia untuk maklumat cuaca terkini.

Selain itu jika ada merancang untuk membeli atau rasa-rasa pantang nampak sayur, buah , makanan yang murah mesti; aku nasihatkan korang bawa troli yang biasa korang bawa ke pasar.

4. Kenderaan utama dalam kawasan MAHA adalah bas dan tram. Lain-lain adalah basikal dan skuter elektrik.  Bas dan tram ada percuma manakala yang lain perlu disewa.

dsc_0747-copy

 

5. Apabila apabila sampai di Pintu Tiba (1 dan 2) atau Stesen Bas Utama sila beli peta RM1.00 jer. Kalau bagi free nanti korang buang jer dan tak hargai. Kalau rasa mahal sangat tangkap gambar BANNER PETA LOKASI dengan handphone korang.

peta MAHA2016

 

6. Lihat pada peta dan rancang hendak ke mana dahulu. Setiap tempat mengikut laluan berdasar huruf A, B, C, D. Kalau tidak tahu hendak ke mana dahulu sila baca MAHA 2016 SANGAT MENARIK DAN MERIAH DENGAN PELBAGAI AKTIVITI . Sekurang-kurang dapat memberi idea untuk korang merancang aktiviti yang hendak dilakukan di MAHA.

whatsapp-image-2016-12-09-at-21-11-39-3

 

7. Bila dah tahu tempat yang hendak dituju beratur dan naik bas/tram mengikut Huruf. Setiap bas/tram mempunyai tanda HURUF A, B, C, D. Sampai jer di destinasi yang dituju korang enjoy dengan apa yang ada di pamerkan.

whatsapp-image-2016-12-09-at-21-11-39

 

8. Kalau lapar dan dahaga ; setiap lokasi ada jualan makanan dan minuman. Kebanyakannya adalah berasaskan produk pertanian. Selain itu terdapat banyak FOOD TRUCK yang menjual makanan barat so harga dia pun macam ala-ala barat. Tetapi untuk mendapat makanan tempatan dan seperti harga restoran mamak  korang boleh dapatkan di Empayar Makanan. Di sini terdapat 168 jenis makanan

dsc_0921-copy

 

9. Setiap aktiviti ada yang dikenakan berbayaran dan ada yang percuma. Contoh Kampung Durian Runtuh Upin Ipin dikenakan bayaran masuk. Korang tanya dahulu kena bayar atau tidak.

dsc_0974-copy

 

10. Terdapat banyak kemudahan surau dan tandas di setiap lokasi. Jika di Nafas Cube adalah di dalam Kabin ber air-cond dan Empayar Makanan di tingkat 2 ber air-cond. Tempat lain aku tidak pasti.

dsc_0763-copy

11. Memandang MAHA2016 adalah kawasan awam dan persekitaran yang mementing alam sekitar sentiasa bersih dan hijau, kawasa merokok hanya ditempat tertentu-tentu sahaja. Terdapat banyak tong  sampah tetapi mungkin kerana kekurangan pekerja menyebabkan sampah sampai melimpah dari tong sampah. Kalau tak jumpa tong sampah, TOLONGLAH JANGAN BUANG SAMPAH MERATA-RATA MACAM BERUK. Simpan sampah sehingga KORANG jumpa tong sampah. Ini ada pula yang buang dalam LIFT DAN TANDAS.

 

12. Tempat berhawa dingin adalah di kawasan sekitar Empayar Makanan, Angro Trade Hall dan Dewan Hall 2. So korang boleh lepak dan jamu mata di situ sambil menyejukkan badan.

dsc_0972-copy

 

13. Mengikut apa yang aku perhatikan di banner check point menurun dan menaikkan pengunjung adalah bas/tram mula bergerak dari jam 9.00 pagi sehingga 10.00 malam. Jika aku salah tolong perbetulkan.

14. Untuk aktiviti utama di waktu malam adalah melayan konsert di Lokasi Rythem of The Famers. So relax-relax layan lagu dari kumpulan tempatan yang dikenali ramai.

dsc_0986-copy

Yang penting korang enjoy sambil support industri pertanian kita. Demi Our Food Our Future. Itulah MAHA2016.

P/S: Jangan lupa cabutan bertuah untuk malam ini dan malam esok 5 unit iphone 7.

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: