Pemuliharaan Batu Karang di Pulau Tioman oleh Berjaya Tioman Resort

Sekali Lagi Berjaya Tioman Resort berjaya menganjurkan Tioman  Island Conservation Day 2017 atau TICD 2017 pada 20 – 22 Oktober 2017. Apa itu TICD 2017? TICD adalah Tioman Island Conservation adalah pertama kali diadakan pada tahu 2010 oleh pengurus besar  Berjaya Tioman Resort  Michel Tan pada ketika itu. Hasil cetusan idea beliau program diteruskan sehingga sekarang demi kelastarian Taman Laut dan Alam Sekitar. Oleh kerana Pulau Tioman adalah pulau bebas cukai dan diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia bermakna Pulau Tioman tertakluk kepada beberapa undang-undang seperti penangkapan ikan dari jarak pantai ke lau dalam mengikut peruntukkan undang-undang Seksyen 41 sehingga Seksyen 45 Akta Perikanan 1985.

Ini kerana habitat sumber laut yang penting seperti terumbun karang kini semakin mengalami kemusnahan akibat sikap manusia dan pencemaran globa. Justeru sabagai terumbu karang membawa nilai ekonomi yang besar dan menyumbang kepada jaminan bekalan makanan. Selain itu terumbu karang juga merupakan tempat pembiakan dan kawasan nurseri semula jadi bagi ikan dan majoriti hidupan marin dengan kira-kira 25 peratus sumber perikanan datang dari kawasan ini

Untuk tahun ini TICD 2017 telah berlansung pada 20 sehingga 22 Oktober 201 dengan penglibatan 130 penyelam dari Malaysia dan Singapura dengan membawa tema ‘Together For Planet Earth’. Turut serta adalah adalah dari rakan media akhabar, media online dan kumpulan penaja dalam program ini. Tidak lupa juga adalah wakil-wakil dari Shark Savers, Padi Project Aware, Reef Check Malaysia, Jabatan Taman Laut Malaysia dan 7 operator menyelam dari Malaysia dan Singapura yang hadir dalam program sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni yang dijalankan oleh Berjaya Tioman Resort.

Program telah bermula sejak awal lagi dimana pelbagai struktur utama kerangka dari besi (tukun tiruan) telah dibina. Kemudian dibantu oleh sukarelawan dengan mengecat anti karat dan memasang pagar pada binaan struktur utama.Kemudian tukun tiruan ini dibawa kelaut dan ditenggelamkan. Kemudian proses penanam benih batu karang dilakukan di dalam air dan diikat pada tukun tiruan yang ditenggelamkan. 5 tukun tiruan yang ditenggelamkan dan salah satunya adalah berbentuk piramid.

Selain dari program penanam benih batu karang, untuk penyelaman mereka juga melakukan proses pembersihan laut dengan mengumpul sampah-sarap yang berada di dasar laut. Manakalan untuk peserta bukan penyelam mereka melakukan program pembersihan pantai dan juga penanam pokok kelapa telah dilakukan sepanjang program untuk 3 hari 2 malam. Sebanyak 40 anak pokok kelapa telah berjaya ditanam.

Semasa saya berbual dengan Mr Sonny Gan selaku Pengurus Besar Berjaya Tioman Resort, apa yang beliau mengharapkan dari program ini adalah dengan adanya penglibatan dari murid-murid sekolah dapat menyampai mesej kepada masyarakat dan ibu bapa pentingnya menjaga alam sekitar walaupun sebutir puntung rokok yang dibuang ke dalam laut sudah cukup memberi kesan negatif kepada habitat taman laut. Beliau juga menekan apa yang penting sekali adalah perubahan minda masyarakat walaupun susah untuk diubah tetapi sekurang-sekurangnya melaui program dapat memberi masej kepada semua yang terlibat.

Dengan penglibatan dan kerjasama dari semua pihak kepentingan seperti agensi kerajaan, swasta , ngo dan masyarakat sekitar secara tidak lansung tema ‘Together For Planet Earth’ membawa kesan kerbersamaan untuk mencapai matlamat memelihara taman laut dan alam sekitar telah tercapai. Melalui program ini telah mendapat sokongan dari penaja utama oleh Sport Toto Malaysia Sdn Bhd dan penaja-penaja lain iaitu Cosway Malaysia, Victorinox Swiss Army Timepieces Malaysia, RadioShack Malaysia, Julie’s Biscuits, Kenny Rogers Malaysia, Tourism Malaysia dan Cataferry Malaysia Sdn Bhd.

 

One Comment

Leave a Reply