Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 10 – Luahan Hati Seorang Gadis

Aku mengenali seorang gadis yang bernama Ivy tinggal di Ho Chi Minah ketika dia dalam program SSEAYP. Ketika itu, dia dalam Solidarity Group (SG) yang sama dengan aku. Sudah menjadi amalan biasa bagi aku dan rakan dalam program SSEAYP apabila melawat negara mereka, akan memaklumkan untuk bertemu mereka. Pada malam itu, hanya Ivy sahaja kelapangan untuk berjumpa aku. Mungkin rakan yang lain ada urusan dan tidak semua tinggal di Ho Chi Minh. Selesai makan di ‘Malaysian Street’ berhampiran Ben Thanh Market, Ivy mengajak aku berjalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Iyv menunjukkan aku bangunan bersejarah iaitu ‘People Commitee Building’.

Bangunan itu dibina pada tahun 1902 ketika zaman penjajahan Perancis . Walaupun nama bangunan itu merujuk kepada orang tetapi tidak semua boleh masuk. Seni bina bangunan itu sangat cantik ia berasaskan corak bangunan Perancis dan ditambah dengan pencahayaan oleh lampu di sekitar bangunan sangat indah.

Berdekatan bangunan tersebut terdapat hotel yang terawal di Ho Chi Minh itu Hotel Rex yang dibina semasa  penjajahan Perancis pada 1920. Sebelum itu bangunan ini digunakan sebagai pusat automobil dan jualan kereta-kereta keluaran Perancis dan Eropah. Hanya pada awal 1960 an bangunan ini diubah menjadi sebuah hotel.  Masih mengekalkan ciri-ciri hotel lama dan menjadi salah satu tarikan pelancong untuk melihat keunikan hotel ini.

Kawasan ini tidak ubah seperti Bukit Bintang di waktu malam yang penuh dengan manusia mengambil peluang untuk bersiar-siar selepas pulang dari pejabat. Tempat ini menjadi lebih hidup dengan  kedatangan pelancong yang ingin mengambil gambar monumen Ho Chi Minh selain dari bangunan-bangunan bersejarah.

Aku kagum dengan sesetengah anak muda di sini yang mengambil peluang dengan kedatangan pelancong asing di mana mereka mengajak pelancong asing ini berkomunikasi dengan mereka bertujuan untuk memperbaiki bahasa Inggeris mereka. Kebanyakan mereka adalah pelajar universiti dan bergerak secara kumpulan.

Ivy mula menceritakan kisah hubungan cintanya dengan seorang lelaki yang juga bekas peserta program SSEAYP. Mereka berdua menjadi rapat semasa program itu berlangsung di atas kapal. Aku tidak tahu sejauh mana hubungan mereka berdua kerana setiap kali aku bertanya pada lelaki tersebut, dia hanya memberitahu hubungan mereka sebagai kawan sahaja dan tidak lebih dari itu. Aku dan lelaki tersebut agak rapat kerana kami banyak melakukan aktiviti bersama bahkan dalam discussion group yang sama. Tetapi tidak semua perkara aku tahu dan aku sendiri tidak suka mencampuri urusan peribadi.

Selepas tamatnya program SSEAYP pada tahun 2010, aku masih berhubung dengan lelaki tersebut dan seperti biasa dia akan beritahu mereka hanya kawan dan tidak lebih dari itu. Namun apa yang diberitahu oleh Ivy sangat berbeza. Aku dapat bayangkan mereka sememangnya rapat. Ivy memberitahu mereka selalu keep in touch melalui telefon.

Aku mendengar dengan penuh perhatian tanpa mempertikaikan apa yang cuba disampaikan. Mereka datang dari keluarga yang berbeza agama dan budaya. Tekaan aku, mungkin itu menjadi halangan kepada lelaki tersebut. Ivy memberitahu sebelum lelaki itu berkahwin, selama sebulan lelaki itu tidak menghubungi dia seolah-olah menghilangkan diri. Namun mengikut gerak hati aku, aku merasakan hubungan mereka amat serius kerana Ivy memberitahu mereka berdua telah berkongsi banyak perkara penting seperti hal-hal perkahwinan dan kekeluargaan.

Ivy bertanya pendapat aku tentang perkahwinan campuran . Aku menjelaskan semuanya terpulang kepada kesungguhan individu baik lelaki atau pun perempuan untuk menerima perbezaan agama dan budaya. Jika pihak keluarga boleh terima apa salahnya jelas aku kepada Ivy.  Asalkan kedua-kedua pihak boleh menerima perbezaaan dalam budaya dan agama. Aku mengambil contoh  abang aku yang berkahwin dengan gadis Indonesia dan Ivy mengerti apa yang aku cuba huraikan. Namun dari sudut hati, aku dapat merasakan Ivy cuba menyalahkan lelaki itu seolah-seolah tidak berani membuat keputusan.

Sebelum ini memang aku sudah diberitahu oleh lelaki tersebut bahawa dia berkahwin atas pilihan keluarga. Bagi aku itu adalah keputusan terbaik untuk lelak itu.  Melalui perkenalan  aku dengan lelaki itu, aku merasakan dia adalah anak yang baik dan patuh kepada keluarga.

Ikuti sambungan seterusnya PENAKLUKAN INDOCHINA pada setiap Isnin  jam 8.30 PM.

Ben thanh Market
Malaysian Street berdekatan Ben Than Market

469 total views, 9 views today


Related Post

2 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: