Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 12 – Terima Kasih Ivy

Hari yang dinantikan telah tiba. Rupanya aku telah mengembara hampir 14 hari tetapi ada ketikanya aku hanya berehat di kedai makan sambil membaca buku atau melayari internet. Ini kerana pengembaraan ini memang memenatkan aku dan aku perlu berehat tanpa berbuat apa-apa. Aku sedar yang mat saleh yang lepak di katil atau ruang tamu sambil baca buku berjam-jam adalah untuk merehatkan badan setelah keletihan beberapa hari mengembara.

Kereta api aku bergerak jam 7.30 malam maknanya aku ada 6 jam lagi untuk berjalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh. Aku telah memberi tahu Ivy yang aku akang berangkat pulang malam ini dan aku fikir akan jumpa dia petang itu untuk mengucapkan selamat tinggal sahaja. Masa yang ada ini aku guna sambil mengambil gambar disekitar bandar Ho Chi Minh. Aku berjalan dari tempat penginapan aku sehingga ke Muzium Vietnam. Jauh juga aku berjalan ditambah dengan perut yang kosong. Memang memenatkan.

Aku tidak mengambil pakej data tempatan sebaliknya banyak bergantung kepada wifi hostel. Namun peta digital aku berfungsi dengan baik seperti GPS walaupun tanpa menggunakan data internet. Semasa aku di Muzium Vietnam banyak perkara yang aku pelajari tentang sejarah vietnam terutama tentang perang dunia kedua dan penjajahan Perancis di Vietnam. Nama Indochina itu adalah semasa penjajahan Perancis di mana hanya melibatkan tiga buah negara sahaja iaitu Vietnam, Laos dan Kemboja. Mereka menggelarkan kerajaan yang ada ketika itu adalah kerajaan boneka ketika zaman penjajahan Amerika. Banyak hasil peninggalan sejarah perang dan artifak dipamerkan di muzium itu.

Sebelum aku pulang ke hostel aku perlu berjumpa seorang tour guide orang Islam tempatan. Pertemuan ini adalah bertujuan untuk mendapat info dan pakej Islambil di Ho Chi Minh. Kami telah berjanji untuk berjumpa di  Pasar Banh Tenh. Yusof adalah tour guide  bertauliah dan boleh berbahasa Melayu kerana sebelum ini dia melanjutkan pelajaran dalam pengajian Islam di Malaysia hasil bantuan dari NGO Malaysia. Sekarang ini dia dan rakannya merupakan seorang travel agent menjalankan perniagaan pelancongan dan export import. Yusof memberitahu ada beberapa tempat yang sesuai dilawati oleh orang Islam di Ho Chi Minh. Rupanya banyak lagi tempat yang belum aku terokai di Ho Chi Minh seperti masjid, kilang pembuatan baju kurung dan river cruise.

Aku memberitahu makan halal di sini agak mahal lalu dia menjawab bahawa selain dari sumber daging halal yang terhad, sewa kedai di ‘Muslim Street’ sangat tinggi iaitu 4000 USD sebulan. Wow! Mahalnya kalau dalam ringgit Malaysia adalah lebih kurang RM 12,000 sebulan. Patutlah harga makanan halal di sini mahal. Mengikut harga di beberapa restoran yang menyediakan makanan halal di situ lebih kurang RM 10 ke atas termasuk minuman. Aku bertanya  “Ada tak rakan-rakan muslim di Hanoi?” Dia membalas “Ada tetapi orang Indonesia yang bekerja di Hanoi”. Aku menjawab “Tidak mengapa kerana aku ingin berjumpa untuk mendapatkan info tentang makanan atau kehidupan orang Islam di Hanoi”. Aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Yusof dan rakannya kerana memberi nombor telefon rakannya di Hanoi dan belanja aku makan .

Inshaallah aku akan hubungi Yusof jika aku kembali ke Ho Chi Minh pada masa hadapan. Tanpa berlengah lagi aku terus ke hostel  untuk check out dan mengambil beg kerana aku perlu berada di Stesen Kereta Api Saigon satu jam awal sebelum kereta api bergerak. Semasa aku sedang bersiap-siap untuk mengambil beg tanpa aku sedar Ivy telah menunggu aku di depan hostel aku. Aku sangka Ivy datang hanya untuk mengucapkan selamat tinggal rupa-rupanya dia hendak menghantar aku ke stesen kereta api.

Ivy tidak sangka yang aku membawa haversack yang berat dan dia cuba membawa motor dengan lebih berhati-hati. Aku sebenarnya risau tetapi aku cuba berlagak seperti tidak ada apa-apa walhal dengan beg berat yang disandang di belakang membuatkan aku tidak selesa membonceng. Aku meminta Ivy berhenti di kedai roti kerana aku perlu membeli sedikit roti dan jem sebagai bekalan makanan aku di dalam kereta api.

Setibanya di kedai roti, aku mencari-cari roti buku seperti roti Gardenia namun tiada. Sebelum ini aku cuba mencari roti buku di 7 – Eleven pun tiada juga. Apabila aku bertanya dengan Ivy, “Mengapa roti buku tiada dijual?” . Ivy membalas “Orang Vietnam memang tidak makan roti buku sebaliknya mereka memakan roti Perancis”. Oh begitur rupanya patutlah aku cari di supermarket, 7- Eleven dan kedai roti tidak ada jual. Aku tidak ada pilihan lain, maka aku terpaksa beli Baguette atau lebih dikenali sebagai roti Perancis.

Sampai sahaja di stesen kereta api, kelihatan lampu neon besar bertulisan Ga Saigon di pintu masuk bangunan. Aku pasti ‘Ga’  itu bermaksud stesen kereta api. Lalu aku bertanya Ivy “Apa yang dimaksudkan dengan Ga?”. Ivy menjawab “Ga itu bermaksud Stesen Kereta Api”. “Semua stesen keretepi bermula Ga seperti Ga Hanoi’ sambung Ivy. Aku mengucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Ivy kerana sanggup menyusahkan diri untuk menghantar aku ke stesen kereta api.

Sementara menunggu pintu masuk dibuka aku merayau-rayau seketika melihat keadaan stesen kereta api. Walaupun kecil tetapi susun aturnya di dalam ruang menunggu ringkas dan yang paling penting tempatnya bersih dan berhawa dingin.

DCIM101MEDIA

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: