Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 3

Selamat Tinggal Aranyaprathet

Hari kedua aku perlu bergegas pulang ke Phnom Penh kerana kami ada urusan kerja yang perlu di lakukan. Tanpa membuang masa kami check out seawal pagi dan aku mula rasa rugi tidak membeli apa-apa. Bagi yang ingin menjalankan perniagaan bundle ini tempatnya. Insyallah ada rezeki aku akan datang balik. Apabila selesai urusan imigresen di Poipet, tiba-tiba datang seorang lelaki bertanya kawan aku “Where do you want to go?”. Kawan aku menjawab “Phnom Penh”, “Ok follow me” jawab lelaki tadi sambil menarik luggage kawan aku tadi. Kami berjalan lebih kurang 100 meter dari pusat imigresen tadi. Rupanya lelaki itu menunjukkan kaunter bas ke Phnom Penh.

Pada mulanya aku ingin menaiki bus kerana lebih jimat, tetapi memikirkan lambat dan perlu berada di sana pada belah petang kami mengambil kereta sewa iaitu Lexus. Besar dan selesa untuk kami bertiga. Aku tahu kalau menggunakan kereta memang mahal tapi kawan aku yang hendak sangat pakai kereta sewa dan dia yang menguruskan bayaran. Alhamdulillah jimat duit! Sepanjang perjalanan aku lihat banyak sawah padi yang kering dan kontang. Dalam fikiran aku mungkin mereka telah menuai padi dan sedang dalam proses untuk menanam semula. Kami hanya berhenti sekali sahaja untuk isi minyak.

Aku tidak tahu mengapa perut aku sakit sejak aku sampai di Phnom Penh. Aku rasa kemungkinan punca aku sakit perut adalah disebabkan street food yang aku makan iaitu buah mangga dan air kelapa yang tercemar.
Perjalanan diteruskan melalui kawasan-kawasan kampung  tidak ubah seperti kampung-kampung di Kuala Selangor. Cuma yang aku dapat lihat sekolah di sini sangat daif berbanding sekolah di kampung  Malaysia. Secara tiba-tiba pemandu kereta memberhentikan kereta lalu berhenti di tepi jalan. Aku terpinga-pinga apa yang sedang berlaku kerana pemandu kereta keluar dan kemudian masuk mengambil sesuatu seperti alat membuka tayar kereta.

Aku mengajak kawan aku keluar dari kereta untuk melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya berlaku kemalangan jalan raya di mana dua buah kereta telah bertembung dan terbalik. Aku tidak pasti sama ada mangsa kemalangan tersebut mati atau hidup. Mungkin pemandu kereta yang aku naiki cuba membantu apa yang termampu. Kemudian kami meneruskan perjalanan yang mengambil masa 5 jam untuk sampai Phnom Penh. Aku kagum dengan pemandu kereta yang membawa kami kerana sepanjang perjalanan pemandu itu tidak henti bercakap di telefom bimbitnya. Tidak ubah seperti orang berniaga. Dari satu telefon ke telefon yang lain. Gelak ketawanya membuatkan kami risau walaupun dia bercakap menggunakan hands free kit.

Ikuti sambungan seterusnya PENAKLUKAN INDOCHINA PART 4 pada setiap Isnin jam 8.30 PM

289 total views, 1 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: