Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 7 – Pemberian Kek Hari Jadi

Hari ini hari terakhir aku di Phanom Penh. Sepanjang aku berada di sini aku tidak rehat secukupnya dan sentiasa bergerak jauh untuk pergi ke restoran Halal.  Oleh itu aku membuat keputusan tidak pergi ke mana sepanjang hari kecuali untuk makan. Pagi itu aku menghantar pakaian aku yang sudah 7 hari itu tidak basuh. Mula – mula aku minta untuk basuh sahaja tetapi peniaga mula menawarkan aku dengan harga yang murah kerana aku pelanggan pertama dia untuk hari ini. Aku cuba tawar-menawar dan akhirnya aku setuju dengan harga 5 USD untuk basuh dan lipat untuk 2.5 kg.  Bagi aku harga di tempat lain pun lebih kurang sama tetapi yang penting aku boleh ambil malam itu juga  kerana esok pagi aku akan bergerak ke Ho Chi Minh.

Memandangkan semalam aku terjumpa restoran Muslim berdekatan dengan hostel, aku membuat keputusan untuk sarapan di sana. Aku menyangka dekat hakikatnya untuk sampai ke sana dengan berjalan kaki sahaja mengambil masa 10 minit. Sampai restoran aku terus memesan nasi lemak dan air suam. Lihat pada gambar pada menu pun sudah mengiurkan. Betul apa digambarkan di dalam menu sama seperti yang dihidangkan. Sungguh lazat  nasi lemak dengan dua ketul ayam. Aku rasa berbaloi dengan bayaran 7000 Riel, lebih kurang RM 7.

Aku cuba membayar dengan USD namun pada mulanya dia menolak kerana duit aku ada kesan koyak tetapi aku cakap duit Kemboja aku tidak cukup. Maka dengan baik hati owner kedai itu menolong aku tukarkan duit USD. Aku tidak pasti di mana dia tukar. Selang beberapa minit dia pulang dengan memberi baki dan juga memaklumkan bahawa kedai tukar duit mengenakan bayaran 2000 Riel atas duit yang koyak. Rasa geram aku hanya mampu aku pendam di dalam hati kerana koyak tidak besar mana pun dan apabila tukar pula dikenakan bayaran juga.

Hari ini aku hanya mundar-mandir sahaja di kawasan berdekatan hostel sambil menangkap gambar perilaku manusia dan suasana bandar Phnom Penh. Ada yang bersidai sambil menunggu di tuk tuk dan juga yang tidur umpama rumah kedua mereka. Yang pasti setiap kali aku jalan berhampiran mereka, pasti mereka akan menyapa aku sama ada mahu tuk tuk atau tidak. Ada yang berniaga buah dan minuman di tepi jalan. Yang lebih advance ada yang masak dengan disediakan meja dan bangku kecil untuk pelanggan di tepi bahu jalan.

Dengan masa yang terluang ini aku mengambil kesempatan untuk update status di Facebook untuk memaklum yang aku masih selamat dan  juga memakluman kawan-kawan dari  SSEAYP. Aku mempunyai kawan-kawan di seluruh Asia Tenggara hasil dari penglibatan dalam SSEAYP pada tahun 2010. Aku telah memaklumkan pada dia bahawa malam ini adalah malam terakhir dan esok pagi akan gerak pulang.

Aku tidak sangka Sambo telah bersusah payah membelikan sebuah kek harijadi . Aku tidak rapat sangat dengan dia semasa program di atas kapal tetapi sebagai bekas peserta program secara semulajadi akan jadi rapat kerana kami datang dari batch dan program yang sama. Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada dia. Selain dari Sambo, Sai adalah dari bekas peserta program yang sama juga hadir pada malam itu. Banyak perkara yang kami bualkan terutama tentang kehidupan sekarang dan kerja. Sekarang Sai adalah penyayi freelance yang sedang meningkat naik dan juga pengusaha lada hitam. Dia memberi tahu bahawa lada hitam di Kuching Sarawak adalah dari gred yang bagus dan dia ingin perusahaan lada hitamnya menjadi maju seperi di Sarawak.

Tidak semena-mena kawan rapat Sambo menyediakan aku arak yang istimewa berbentuk 10 biji gelas tube makmal. Dia berkata bahawa as a guest this how we treat. Namun aku meminta maaf kepada dia bahawa aku ini muslim dan tidak minum arak dan dia paham.  Dalam  masa yang sama aku meminta Sambo dan Sai untuk menghabiskan arak dan kek. Sai memberitahu arak yang disediakan ini sangat tinggi alkoholnya. Sambo hanya mampu minum segelas kerana sudah rasa pening dan mabuk. Kek yang tidak mampu kami habis, kami berikan kepada tetamu lain yang berada di dalam bar itu.

Sebelum beredar, kawan baik Sambo meminta bartender membuat persembahan api di mana arak dituang di sepanjang meja kaunter yang panjang kemudian dinyalakan api. Maka sepanjang meja kaunter itu api bernyala. Sungguh menarik melihat api itu menyala dengan warna biru pekat. Sambo sudah tidak larat lagi kerana pening tetapi dia menyatakan bahawa masih mampu membawa kereta. Sebelum masing-masing berangkat pulang, kami bergambar bersama di dalam bar dan mengucapkan selamat tinggal.

Ikuti sambungan seterusnya PENAKLUKAN INDOCHINA pada setiap Isnin  jam 8.30 PM.

Related Post

Leave a Reply