Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 8 – Terima Kasih Phnom Penh

Tiba-tiba aku terjaga dan melihat kepada jam rupanya sudah pukul 5 pagi. Semua penghuni dalam bilik masih dibuai mimpi. Aku perlu bersiap awal kerana aku akan bertolak dari ‘hostel’ aku jam 8.30 pagi. Tanpa aku sedari  aku telah mengganggu orang lain tidur sehingga salah seorang menunjukkan isyarat diam pada aku. Walhal aku merasakan sudah sehabis baik aku mengemas barang dan beg aku dalam keadaan yang senyap dan tenang. Sementara aku menunggu mereka ambil aku, aku bersarapan dengan seorang pemandu tuk tuk yang beragama Islam bernama Husen.

Sebenar aku dapat nombor telefon Husen dari Facebook, aku meminta dia membawa aku untuk sarapan pagi lalu dia membawa aku ke restoran berdekatan dengan masjid. Kebiasaannya di mana – mana tempat jika ada masjid mesti ada restoran halal berdekatan. Dia memberitahu dia sudah biasa membawa membawa rakyat Malaysia malahan golongan VIP juga dia uruskan. Sambil itu aku bertanya berapa tentang bayaran yang dikenakan dan perkhidmatan yang disediakan. Manalah tahu aku akan datang semula dengan rakan aku. Boleh lah aku menggunakan khidmatnya. Dia memberitahu makanan di sini murah.

Masa tidak mengizinkan untuk aku berbual panjang dengan Husen. Aku bayarkan sekali untuk Husen dan kemudian dia membawa aku melihat masjid yang hampir siap. Husen memberitahu masjid ini adalah masjid yang paling besar di Kemboja. Husen menjelaskan *masjid itu masih belum ada nama.

Sampai sahaja di hostel, rupanya tuk tuk lain sudah menanti aku untuk menghantar ke bangunan pengusaha bas.  Aku dan 3 orang mat salleh akan naik sekali dan menaiki bas yang sama untuk ke Ho Chi Minh. Aku berikan Husen 1USD  sebagi tip dan memberi cadangan agar dia menampal sticker ‘Muslim Tour’ pada tuk tuk supaya orang Islam dari luar negara tahu ada tuk tuk muslim di Phanom Penh. Tuk tuk Husen ini kelihatan seperti baru dibeli dengan warna kuning  yang masih kilat.

Breakfast di sini
*Masjid Al-Serkal
Lawa tak tuk tuk ni ?

Ikuti sambungan seterusnya PENAKLUKAN INDOCHINA pada setiap Isnin  jam 8.30 PM.

 

Related Post

2 Comments

Leave a Reply

%d bloggers like this: