Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 9 – Apa Khabar Ho Chi Minh

Jam 9.00 pagi aku bertolak menuju ke bangunan pengusaha bas di Phnom Penh. Seperti yang aku tahu sebelum ini Phnom Penh tiada stesen bas jika ada pun tiada siapa yang ingin datang mungkin kerana jauh atau tidak sempurna.  Sepanjang perjalanan menyusuri laluan kampung mengingatkan aku kampung nenek aku di Kampung Ijok. Bentuk rumah kampung tidak jauh beza sama seperti di Kampung Ijok. Bas berhenti sebanyak dua kali untuk berehat dan makan. Setiap kali bas berhenti aku akan makan biskut yang aku bawa. Itulah bekalan aku sepanjang perjalanan.

Tanpa aku sedari aku sudah menghampiri sempadan Kemboja Vietnam. Aku lihat salah seorang pemandu kedua meminta pasport daripada semua penumpang termasuklah aku. Aku fikir urusan pasport mereka akan uruskan di imigresen.  Sampai sahaja imigresen, aku lihat orang yang mengutip pasport tadi berlari ke masuk ke imigresen Kemboja. Tidak sampai 15 minit dia sudah kembali ke dalam bas. Mudahnya mereka uruskan pasport. Sungguh longgar pemeriksaan imigresen di Kemboja.

Tidak lama selepas itu bas berhenti di pusat imgresen Vietnam. Semua penumpang dikehendaki mengeluarkan beg untuk pemeriksaan. Setiap orang dipanggil di kaunter imgresen berdasarkan pasport yang telah diberikan oleh pemandu kedua bas. Beg diperiksa melalui mesin dan sekali lagi pasport di semak di pintu keluar. Alhamdulillah selesai semuanya dan aku sudah berada di Vietnam. Kelihatan bendera Vietnam dan Sosialis digantung di sepanjang rumah.

Teringat pertama kali aku ke Ho Chi Minh atas nama program SSEAYP, banyak kemusykilan aku tentang negara Vietnam antaranya mengapa banyak bendara lambang sabit seperti bendera Rusia. Yang membuat aku tertanya lagi semasa acara rasmi di dewan besar ada bendera sabit dan patung Ho Chi Minh. Siapakah Ho Chi Minh itu? Apa kena bendera Rusia dengan negara Vietnam? Aku membiarkan perkara itu terus bermain di dalam kepala aku. Antara tempat yang telah aku lawati ketika itu adalah Muzium Perang, ‘Independece Palace’ dan beberapa bangunan utama di sekitar bandar Ho Chi Minh.

Sebelum itu aku ada dengar pelbagai perkara tidak diingini yang sering berlaku kepada pelancong Malaysia di Ben Thanh Market dan kawasan sekitar bandar. Antara perkara yang sering aku dengar adalah ditipu oleh pemandu beca dan juga diugut oleh pemandu teksi. Kawan aku sendiri sampai kena ugut dan diacukan pisau di dalam teksi. Aku tidak sangka perkara seteruk begini boleh berlaku terutama kepada pelancong Malaysia. Namun semua negara tidak sempurna ada yang jahat dan ada yang baik. Tetapi aku perlu berhati-hati di mana aku berada walaupun aku pernah ke Ho Chi Minh sebelum ini.

Aku sampai di Ho Chi Minh jam 3.00 petang bersama – sama empat mat saleh dan selebihnya adalah orang tempatan.  Aku masih tidak tahu di mana akan aku menginap lalu aku bertanya dengan Rafael seorang backpacker dari Maxico yang sudah mengembara selama 6 bulan. Disebabkan aku malas nak mencari,  aku memilih untuk menginap di hostel yang sama dengan Rafael jika ada kekosongan. Selang 10 minit aku sampai ke Wanderlust Kaison Rooftop. Selesai sahaja urusan bayaran hostel aku menyerahkan pasport untuk mereka simpan. Sebelum ini aku terkejut apabila pihak hostel di Phnom Penh meminta untuk menyerahkan pasport. Mereka menjelaskan penyerahan pasport adalah dengan tujuan keselamatan dan jika apa-apa berlaku seperti ditahan oleh polis, boleh rujuk dengan mereka.

Alangkah sedihnya apabila aku melangkah masuk ke dalam bilik hostel aku dengan pintunya yang rosak dan tidak boleh berkunci. Di bilik itu sungguh padat dan susunan katil terlalu rapat di antara satu sama lain. Paling menyedihkan adalah katil yang disediakan adalah tiga tingkat dan katil aku adalah di tingkat atas sekali. Dengan bayaran 3.5 USD semalam itulah nilai sebuah hostel yang aku dapat dan loker yang muat untuk simpan barang peribadi sahaja.

Ikuti sambungan seterusnya PENAKLUKAN INDOCHINA pada setiap Isnin  jam 8.30 PM.

Bas yang datang dari Phnom Penh akan berhenti di sini tidak jauh dari Ben Thanh Market

Related Post

Leave a Reply