Pengalaman Pahit Memancing di laut dalam Selangor

Hari yang dinantikan telah tiba. Dari ajakan kawan membuatkan aku teruja untuk memancing di laut dalam. Last sekali aku memancing pun dekat jambatan dengan ayah aku.  Itu jer skill yang aku ada. Aku hanya perlu bayar RM200 termasuk makan minum, umpan dan bayaran bot.

Mengikut perancangan awal aku akan bergerak dari rumah selepas subuh, namun dimaklumkan air terlalu surut untuk bergerak awal takut bot akan tersadai di muara kerana air cetek.  So aku bergerak dari lebih kurang 8.30 pagi  mengikut Guthrie Highway sehingga ke Kampung Ijok. Dari laluan utama terus ke Kuala Selangor sehingga Sg Besar.

Untuk ke jeti, kami perlu ke Kampung Bahagian Tengkorak.  Agak payah sebenarnya jika anda pertama kali untuk sampai ke sini kerana untuk menghubungi tekong atau rakan anda yang sudah sampai kerana signal telefon memang tidak beberapa bagus. Maklumlah bila kita sudah masuk ke kawasan kampung banyak simpang. Kalau salah simpang nanti boleh sesat. Nasib baik ada orang tunggu di jalan besar sembelum sampai ke jeti.

Alhamdulillah kami sampai lebih kurang jam 10.30 pagi. Parking kawasan jeti pun kena bayar RM5 kepada tuan rumah mungkin kerana mengambil kawasan sebelah rumahnya. Semua peralatan memancing aku disediakan oleh kawan-kawan aku. Memandangkan datang berkumpulan so kenalah bantu-membantu mengangkat peralatan memancing ke dalam bot. Jumlah semua yang pergi memancing 10 orang termasuk tekong dan pembantu tekong bot.

Bot yang aku naik ini memang khas untuk memancing siap dengan tandas untuk mandi atau buang air besar dan juga tempat tidur pun ada sekali.  Saiz bot ini lebih kurang sama macam saiz bot laut dalam.

Di sebelah kiri adalah dapur

Tekong bot memberitahu bot akan bergerak lebih kurang jam 12 tengah hari atau sehingga air sudah mula pasang. Sementara menunggu untuk bergerak kami semua bersiap-siap dengan peralatan memancing.  Semua jorang mesti dah siap dengan batu ladung dan lain-lain lagi. Hanya apa sudah berada di tengah-tengah lautan hanya masukkan umpan sahaja.

Umpan yang disediakan adalah ikan kembong dan juga udang lipan sesuai dengan aktiviti memancing laut dalam.

Persediaan sebelum bot bergerak
Belajar memasang umpang untuk laut dalam dengan otai
Inilah caranya orang muda menuntut ilmu dengan orang lama

Jam menunjukkan jam 12.30 tengah hari dan bot mula bergerak dengan perlahan untuk keluar dari jeti melalui muara sungai.  Ketika itu laut masih tenang. Apabila bot sudah melepasi muara sungai, bot terus memecut dengan laju.

Mula-mula aku masih boleh layan ombak dan sambil bersembang dengan rakan-rakan yang lain. Namun beberapa minit kemudian aku mula rasa pening dan mual. Bagi mengelakkan rasa pening aku terus ke katil untuk tidur.

Satu jam kemudian bot sudah berada di tengah-tengah lautan terbentang luas dengan pemandangan bot. Apabila bot sedang nak parking, semua pemancing bersiap sedia dengan standby. Sebenarnya untuk parking bot ini ambil lebih kurang 15 minit kerana untuk memastikan sauh tidak bergerak.

Sebaik sahaja tekong bagi signal kata ok, semua sudah berada di tepi bot dan melemparkan umpah ke dalam laut. Mood aku dah hilang sedikit kerana pening dan mual namun aku masih gagah untuk memancing.

Selang beberapa minit joran aku seperti tertarik dan aku cuba melawan sambil memutarkan motor pada joran. Aku cuba menjinakkan ikan namun disebabkan kurang pengalaman akhir ikan itu berjaya melarikan diri dengan umpan dan batu ladung itu sekali.

Nak kecewa tak lah sangat namun disebabkan laut bergelora dan kepala aku sudah pening. Akhirnya aku tumbang. Aku terus ke katil dan tidur dengan kepala pening dan rasa mual. Sepanjang  selepas itu aku hanya makan dan tidor atau berehat sahaja. Hanya sesekali lihat rakan-rakan aku memancing.

Muka kegembiran dapat menangkap Ikan Jenahak aka Bantal Emas

Sekali-sekala aku cuba cergas sambil menghirup udara laut dan pemandangan laut namun hanya untuk seketika sahaja. Aku cuba melawan rasa pening dengan muntah dan kemudian aku muntah semula. Aku rasa lebih kurang 4 kali juga aku muntah. Namun masih pening masih ada lagi. Aku cuba juga dengan memakan ubat mabuk laut masih tidak membantu.

Aku juga tidak digalakkan juga berada di tepi bot takut-takut aku jatuh dari bot akibat ombak bergelora dan kepala pening.

Inilah kerja utama aku. Nak basuh pinggan pun tak larat

Malam itu laut bergelora dan cuaca sangat tidak baik untuk menangkap ikan. Hasil tangkapan pada malam itu tidak seperti yang mereka harapkan. Yang aku ingat 4 kali bot berhenti di kawasan yang berbeza untuk memancing dari tengah hari sampai pagi keesokkannya.

Tumbang sahabat ni
Ini muka kepenatan
Semua tumbang dah keletihan

Sumpah jika diajak sekali lagi, memang aku takkan pergi lagi untuk memancing di laut dalam. Jangan tanya kenapa hahaha.

 

Muka happy apa sebab dapat makan cendol bakar

Leave a Reply