Majlis Perkahwinan Jawa Indonesia yang sungguh unik

Ini adalah kali pertama saya menghadiri perkahwinan Jawa Indonesia atas jemputan rasmi dari sahabat Indonesia. Sebelum saya pernah menghadiri perkahwinan pasangan Indonesia tetapi kali ini adalah atas jemputan rasmi dan saya ingat hanya menghadiri majlis persandingan sahaja rupa-rupa saya dijemput juga untuk menyaksikan majlis pernikahan sekali.
Untuk pengetahuan anda sahabat saya yang bernama Trisya ini mula saya kenal di dalam Program Pertukaran Belia Asia Jepun (SSEAYP). Saya diberitahu sebenarnya perkahwina Jawa ini ada beza dari Yogjakarta (Jogja) dan Jawa yang tinggal di luar Jogja seperti di Jakarta atau lain-lain tempat. Sama seperti perkahwinan Melayu di Malaysia adalah majlis siraman adalah tujuan untuk mendapat restu dan berkat dari kedua-dua ibubapa. Tidak semua perkara/adat di lakukan dalam majlis perkahwinan Indonesia kerana semuanya bergantung kepada kehendak keluarga atau mempelai.
Majlis resepsi berlansung di Gedung Sarabuna Senayan, Jakarta betul-betul bersebelahan Stadium Bung Karno. Mengikut atucara pada hari itu pagi adalah majlis pernikahan dan saya sempat menyaksikan majlis pernikahan seperti perkahwinan melayu tetapi pasangan mempelai duduk bersebelahan di atas kerusi. Majlis tamat lebih kurang 10 pagi dan tetamu berehat sambil menjamu sarapan pagi. Mempelai bersiap-siap untuk acara persandingan jam 12 tengah hari.
Tepat jam 12 tengah hari pasangan pengantin berarak masuk ke dalam dewan dan berdiri atau duduk di atas pelamin. Tetapi aku lihat mereka berdiri sehingga tamat majlis kerana tetamu beratur untuk salam dan ambil gambar di atas pelamin tanpa henti. Penat pengantin berdiri takpelah sekali dalam seumur hidup hehehe. Selain dari adat budaya perkahwinan yang unik ini , juadah makanan yang disediakan terdiri dari pelbagai jenis dan saya sempat merasa makanan yang tidak pernah saya rasa sebelum ini. Apa-apa pun saya nak ucapkan tahniah kepada kedua-dua pasangan penganting semoga kalian bahagia sehingga akhir hayat. Amin!
Majlis akad nikah tetapi di Indonesia mereka panggil Ijab dan Qabul sama sahaja maksudnya.
Pertukaran hantaran

 

Chacha, Adhini dan Tirta

 

 

Cowok yang ganteng

 

 

 

 

 

IMG_0128 kecik

 

 

 

 

 

 

 

Kalau tidak sempat bagi pada pengantin boleh masukkan ke dalam tabung ini.

 

 

Ini no saya jangan lupa hubungi saya ! hehehe

 

Pokok Harapan

 

 

Bersama Tirta sahabat dari Jakarta

 

Bersama Adhini sahabat dari Bakasi

 

 

 

Sahabat dari Indonesia

 

 

 

Maaf gambar kurang lawa pakai hp jer . Maybe next time I will find proper camera 🙂

“Think Your Next Trip, Think Malaysia Backpackers”

 

P.S : I’d love to meet you on Twitter : here

 

Read other perspectives on this topic from awesome group of backpackers at Malaysia Backpackers Group

 

And if you enjoy this post, please consider sharing it on Facebook or Twitter below

Related Post

Leave a Reply