Perkara yang best di di Resort World Kijal

Resort World Kijal menjadi lokasi terbaru untuk percutian Malaysia Backpackers kali ini. Sudah lama aku tidak bercuti di hotel atau resort bertaraf bintang kerana kerana kekangan masa atau tiada urusan kerja. Maklumlah biasa peluang untuk tinggal di hotel bertaraf 5 bintang mesti atas dasar kerja. Last sekali di Cambodia itu pun atas dasar kerja dan tidak sempat untuk berenang kerana kolam berenangnya mengadap Sungai Ton Lesap. Memang cantiklah viewnya.

Anyway aku nak share percutian aku kali ini di Resort World Kijal Terengganu. Bila aku share gambar-gambar resort ini member aku kata nama lama resort ini adalah Awana Kijal ….oo baru aku tahu. Sebenarnya apa yang aku nak cerita untuk artikel pertama Resort World Kijal adalah 10 perkara yang best boleh anda lakukan di Resort World Kijal

Turtle Hatching

Satu-satunya resort yang mempunyai program sendiri pelepasan penyu dan penanaman telur penyu di Terengganu. Dengan pakej 3 hari 2 malam anda berpeluang untuk merasai pengalaman melepaskan anak penyu dan juga menanam telur penyu di pusat penetasan telur penyu berdekatan dengan resort. Jika ada rezeki malam itu dapat lihat penyu bertelur. Untuk artikal ini nanti aku akan buat post khas pengalaman aku dalam program ini.

Jet Ski

Untuk aktiviti air anda boleh cuba Jet Ski. Jika anda pertama kali macam saya, mereka akan ajar anda sampai mahir. Dan tip untuk bermain Jet Ski adalah bermain ke tengah laut sikit atau tidak berhampiran tepi pantai kerana di tengah-tengah laut ombak kurang. Secara tidak lansung dapat melancarkan pergerakan jet ski anda.

Banana Boat

Selain jet skit, anda boleh cuba banana boat bersama kawan-kawan atau keluarga. Selepas itu boleh terus berenang heheh. Sepanjang pantai itu adalah dibawah pengurusan Resort World Kijal. Laju juga banana boat itu pergi!

Basikal

Bagi yang takut kepada air atau tidak pandai berenang, anda boleh mencuba aktiviti berbasikal di sekitar resort atau tepi pantai. Resort World Kijal menyediakan pelbagai jenis basikat antaranya basikal kanak-kanak, basikal tendem untuk 2 orang dan juga basikal tayar besar.

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: