Pes dan Sos Segera Keluaran Ayamas Kitchen Mudah Di Masak!

Sememangnya bila travel makanan menjadi perkara utama yang bermain di dalam minda selepas membuat tempahan  tiket penerbangan dan juga tempat tinggal. Kita pasti akan melihat di mana tempat makanan halal atau yang berdekatan dengan dengan tempat tinggal kita

Baru-baru ini saya telah dijemput ke majlis Ayamas Kitchen Paste & Sauce Bloggers Party di QSR  Trading Test Kitchen, Glemarie Shah Alam. Tujuan saya dijemput untuk memperkenal produk baru mereka iaitu aneka pes dari masakan tradisional seperti rendang kepada sajian Kurma hingga ke Masak merah yang mudah, cepat dan sedap

Apa yang menarik tentang Pes ini (Pes Kurma, Pes Rendang dan Pes Masak Merah) adalah :

  1. Mudah dan Cepat di masak.
  2. Menjimatkan masa kerana kurang dari 30 minit untuk disediakan
  3. Ringan untuk dibawa bergantung kepada kuantiti yang dibawa.
  4. Harga murah RM 2.80 setiap paket (100g)

Pes segera ini merupakan rencah tumis yang boleh dicampurkan dengan air, stok atau santan, hirisan bawang, kentang atau tomato cincang untuk menghasilkan kuah yang lazat untuk ayam, daging dan juga makanan laut.

Semasa sesi mencuba lauk dan makanan dengan menggunakan Pes ini, saya telah mencuba ketiga-ketiga masakan hasil dari pes yang berbeza.  Apa yang dapat saya rasakan pada ketika itu adalah di mana masakan Rendang itu tawar lalu saya bertanya kepada salah seorang staf dan beliau memberi renspone di mana ia bergantung kepada orang yang masak. Untuk masakan kurma dan masak merah terbaik.  Macam saya katakan saya suka rasa pekat dan padat. Lain mulut lain orang punya citarasa betul tak?

PES KURMA , PES RENDANG DAN PES MASAK MERAH

Jika rasa kurang omh atau tawar boleh tambah pes itu lagi. Maklumlah mulut saya suka masakan rendang yang pekat dan padat dengan rempah. Oleh pes ini sebenarnya memudahkan kita untuk memasak tanpa perlu memikirkan rempah ratus yang perlu disediakan. Mudahkan!  Pes ini akan menjadi pilihan saya setiap untuk travel.

 

 

Pes Segera Rendang, Kurma dan Masaka Merah Ayamas Kitchen dijual harga serendah RM2.80 (100g) dan boleh didapati di kesemua outlet Kedai Ayamas seluruh Malaysia

Untuk info lanjut boleh dapati di FB Page Kedai Ayamas – Ayamas Rosater dan website www.kedaiayamas.com.

Leave a Reply