Polemik dalam Backpackers di Malaysia

Apa lah asyik-asyik travel ke luar negara? Asyik-asyik pergi Krabi. Pernahkah korang kena macam tu ? Lepas tu cakap ‘support’ pelancongan tempatan. Kadang-kadang orang yang jarang travel susah nak faham dengan orang yang selalu travel ni. Mengapa dan Bagaimana itu menjadi sebab musabab mengapa orang prefer untuk travel ke luar negara berbanding negara ini .

Bagi membincangkan isu ini saya terut serta dalam perbincangan ini yang dianjurkan oleh Malaysian Backpackers Club (MBC) di Pod’s Backpackers Cafe Kuala Lumpur. Saya memberi pendapat senang sahaja ‘value’ duit yang dibelanjakan disana lebih bermakna berbanding dalam negara. Masih murah dan berbaloi berbanding belanja dalam negara .

Selain itu saya berpendapat pakej-pakej pelancongan tempatan perlu digaya sebagai tempat yang menarik dan mudah akses. Menarik itu bermaksud mempunyai keunikan tersendiri dan memberi keseronokkan kepada pengunjung. Selain itu harga pakej mestilah ‘menarik’ dan bukan menakutkan. Apabila harga pakej menarik mestilah mempunyai akses yang mudah untuk pelancong datang.

Bercakap tentang akses ini, saya pernah mengutarakan masalah akses ini kepada pengusaha Kalumpang Resort. Mereka mempunyai pakej yang menarik tetapi tidak mempunyai akses dari segi pengangkutan untuk membawa pelancong dari luar ke tempat mereka. Punca kerana Kalumpang Resort tidak membina jaringan dengan pengusaha budget hotel di Kuala Lumpur atau travel agent.

Selain dari akses pengangkutan, akses maklumat juga tiada atau tidak lengkap. Kebanyakan pengusaha kecil pelancong tempatan tidak menggunakan internet dan sosial media untuk mempromosikan produk mereka. So bagaimana rakyat tempatan hendak tahu produk mereka apatah lagi pelancong luar lagi lah tidak tahu.

Perbincangan menjadi hangat apabila pengerusi majlis Moji menyentuh isu penggunaan artikel dan gambar tanpa memberi kredit kepada penulis. Gambar dan artikel diambil dari Facebook sesuka hati. Orang penat-penat pergi berjalan dan habiskan duit, ada pulak yang mengambil keuntungan dari situ tanpa memberi nilai tambah kepada penyumbang artikel.

Never Stop Exploring!

12509600_1072766319441676_9079651905791736003_n
Kredit photo – Dan Sanchez

12410576_1191561050858569_7992173854686647929_n

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: