Sebenarnya mana ada anak penyu yang berlari sebaliknya adalah kami yang lepaskan. Anyway Program Konservasi Penyu adalah antara program yang dijalankan oleh Resort World Kijal dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia. Ini kali kedua aku terlibat dalam program konservasi penyu di mana sebelum ini aku dapat melihat sendiri penyu naik ke darat untuk menetas di Taman Laut Pulau Redang. Dari mula proses naik pantas kemudian bertelur dan ditutup semula dengan pasir oleh penyu.
Untuk kali ni kami di bawa untuk melihat Program Konservasi Penyu yang dijalankan oleh Resort World Kijal. Aktiviti bermula dengan makan malam di Oasis Beach Bistro. Pelbagai menu terutama dari barat cukup menyelerakan dan menjilat jari. Cuma yang tak syok takde daging kambing sebaliknya diganti dengan daging lembu. Maklumlah aku ni peminat daging kambing.
Dengan suasana yang romantis dan dihiasai lampu-lampu sungguh mengasyikkan. Di tambah dengan sahutan ombak dan diselang-seli dengan persembahan in house penari tradosional dan penyanyi resort.
Lebih kurang jam 10 malam semua tetamu dijemput mengikut laluan berdasarkan yang diletakkan ditepi pantai. Kemudian sampai di satu sudut Mr Ragu selaku Pengurus Bahagian “Fun & Manager” memberi sedikit taklimat tentang pelepasan penyu.



Selesai sudah aktiviti pelepasan penyu boleh sambung semula makan. Tetapi aku terus balik ke bilik disebbakan kepenatan kerana petang tadi pelbagai aktiviti dijalankan seperti jet ski, berbasikal dan pelbagai lagi. Boleh lihat post aku sebelum ini di 10 Aktiviti Menarik Di Resort World Kijal.
Hari Kedua : Lawatan Ke Kuala Terengganu
Pada keesokan hari kami semua dibawa lawatan Kuala Terengganu. Sebelum itu kami singgah ke Kuala Kemasik untuk melihat perkampungan di nelayan dan selepas itu terus ke Kuala Terengganu.
Kami singgah ke Arfa Batik untuk aktiviti mencanting batik. Kemudian makan tengah hari di Restoran Payang Serai , restoran ala Thai dan Chinese food.
Dari Restoran Payang Serai aktiviti besar di sekitar Pasar Payang. Sempat juga aku membeli buah tangan untuk keluarga. Sedih juga masih ada segelintir peniagan mengambil kesempatan menjual telur penyu.
Selepas menghabis masa selama sejam, kami di bawa ke Masjid Kristal. Aku mengambil kesempatan untuk menunaikan solat sunat Tahyatul Masjid dan melihat keindahan di dalam Masjid Kristal.
Dari Masjid Krital kami terus pulang kerana perjalanan mengambil masa 2 jam untuk ke Resort World Kijal dan terus untuk makan malam yang berkonsepkan buffet garden yang menyediakan makanan tempatan.
Dimaklumkan pada malam jika ada penyu mendarat mereka akan call untuk melihat proses penyu bertelur tetapi malangnya tiada. Mungkin rezeki aku heheh. Anyway esok pagi adalah aktiviti terakhir untuk Program Konservasi Penyu Resort World Kijal iaitu menanam telur penyu.
Hari ketiga : Hari Terakhir di Resort World Kijal

Selepas di telur penyu di tanam, telur penyu mengambil masa antara 45 – 60 hari untuk menetas. Disebabkan kita tidak tahu tarikh yang tetap untuk telur menetas, sangkar perlu disediakan untuk melindungi anak penyu dan juga dari ancaman binatang seperti biawak.
Semua peserta berpeluang untuk mencuba menanam telur penyu ini. Aku harap telur yang beri nama Boboi 2 ini kuat dan selamat menetas hehehe.
Untuk pengetahuan anda semua, program ini juga ditawarkan kepada tetamu-tetamu hotel. Bagi yang ingin mengambil pakej khas ini dinamakan The Turtle Watching Package untuk 3 hari 2 malam di mana anda akan tinggal di Premier Seaview Room bermaksud bilik yang mengadap pantai.
Selain itu buffet sarapan pagi disediakan untuk 2 orang dan sesi melihat penyu. Sepanjang program ini anda berpeluang untuk melepaskan anak penyu dan menanam telur penyu seperti apa yang aku lakukan berdasarkan gambar di atas tetapi pakej ini tidak termasuk lawatan ke Kuala Terengganu.
So jika anda berminat bolehlah ikut contoh itinerary seperti dia atas. Jika berminat berminat korang boleh hubungi 03 – 27181118 atau klik link ini http://www.rwgenting.com untuk mendapat maklumat lanjut.