Radio Online Travel Pertama Malaysia

Baru-baru ini Malaysia Tourism Information Center (MATIC) telah melancarkan radio station online yang pertama di Malaysia berasaskan pelancongan dan budaya yang berpusat di Matic, Jalan Ampang melalui inisiatif National Blue Ocean Strategy (NBOS) Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia

konti matic.fm

Salah seorang DJ Shaiful yang mengendalikan Santai Teh Tarik Tourism telah menjemput saya untuk bual bicara tentang dunia backpackers dalam Malaysia. Apa lagi dengan lantas saya setuju disebabkan pada 16 September untuk hari cuti Hari Malaysia. Saya memang malas kalau masuk Kuala Lumpur pada waktu bekerja atau ‘peak hour’. Saya tidak rela hadap jem berjam-jam tetapi kalau terpaksa pergi saya akan gunakan public transport. Itu yang saya buat setiap kali ke Kuala Lumpur.

1 jam juga lah slot saya bersama DJ Shiful bercerita tentang dunia backpackers dalam Malaysia sehingga tekak pun kering hehehe. Banyak perkara kami bual kan secara live untuk pendengar Matic.FM di samping juga mencadangan beberapa perkara iaitu pihak-pihak berkepentingan sentiasa memperbaiki kemudahan yang menjadi tumpuan pelancongan untuk mereka rujuk seperti papan tanda yang kelihatan kusam dan tidak bermaya. Ini penting kerana pelancong sama ada dalam atau luar negara apabila mereka berjalan-jalan mereka akan rujuk map kemudian mereka akan lihat papan untuk kepastian betul ker mereka sudah melalui kawasan ini.

Bersama DJ Shaiful
Bersama DJ Shaiful

Selain itu saya juga ada mencadangan idea pakej-pakej backpackers dalam negara supaya dapat menarik orang Malaysia berbackpackers dalam negara. Secara tidak lansung ia telah membantu ekonomi negara dalam industri pelancongan.  Saya juga ada berkongsikan tip-tip keselamatan semasa travel kerana kadang-kadang kita lupa atau ambil mudah akan keselamatan semasa travel terutama dari segi pakaian, beg dan lain-lain lagi. Untuk mendapat ebook percuma tentang keselamatan SEMASA TRAVEL boleh download DI SINI

dj ritchie
Bersama DJ Ritchie

Selepas habis jer slot saya dalam Santai Teh Tarik Tourism ingatkan dah boleh balik, kena tahan dengan DJ Ritchie Rahman yang mahu saya terus berada di konti untuk bual bicara dalam aktiviti gunung. Pada sesi itu DJ Ritche membicarakan tentang Gunung G7 iaitu 7 gunung yang tertinggi di semenanjung Malaysia. Walaupun saya tidak menghabiskan kesemua Gunung G7 pengalaman pendakian dalam beberapa gunung dalam taraf G7 ada di antaranya Gunung Tahan dan Gunung Yong Yap. Saya tidaklah asing dalam dunia pendakian ini dan oleh saya tiada masalah untuk bicara dunia gunung. Untuk pengetahuan saya gunung pertama saya daki adalah Gunung Dato’ di Rembau Negeri Sembilan.

Untuk mendengar Matic.FM boleh rujuk di sini :

Sila click http://tunein.com/radio/Maticfm-s25266

Facebook : Matic.FM

URL : http://www.matic.fm/

Matic.FM Travel With Stayle

Leave a Reply

%d bloggers like this: