Ramadhan Berbuka Puasa di Hotel De Palma

Untuk tahun ini Malaysia Backpackers sekali lagi dijemput berbuka puasa di 3 Hotel De Palma itu De Palma Shah Alam, De Palma Ampang dan De Palma Kuala Selangor. Untuk pengetahuan anda semua, buffet berbuka puasa di ketiga-tiga hotel tersebut adalah mengikut konsep gerai atau bazar. Mengapa berkonsepkan gerai? Nanti saya ceritakan . Selain dari konsep gerai ada juga berkonsepkan mengikut tema seperti Santapan Di Raja, Masakan Kampung tau bercirikan warisan melayu kampung dan lain – lain lagi. Seperti biasa bila saya berbuka puasa di luar terutama hotel, saya akan cuba makanan yang jarang saya makan atau yang berbeza dari luar. Di sini saya ingin kongsi pengalaman berbuka di ketiga – tiga Hotel De Palma :

Hotel De Palma Shah Alam

Pada kali hotel De Palma Shah Alam mengambil tema ‘Gempita Rasa 29 Malam’ yang bermaksud pelbagai rasa kenakan masakan selama 29 malam Ramadhan.  Lebih dari 100 juadah disediakan mengikut tema seperti Masakan kampung yang enak seperti Gulai Kawah Kambing Nangka, Masak Lemak Ikan Keli Salai dengan Pucuk Ubi, Ikan Patin Masak Tempoyak, Siput Sedut Masak Cili Padi, Ikan Tongkol Goreng Berlada, Asam Rebus Keladi, Masak Lemak Ikan Masin dengan Nenas, Asam Pedas Daging Tetel dengan Terung Pipit, Santapan DiRaja, Masakan Pantai Timur,  Masakan India dan untuk vegetarian pun ada termasuklah makanan barat.

Antara menjadi pilihan saya De Palma Shah Alam adalah Kambing Panggang dan Bulgogi. Itu ada menu wajib apabila saya berbuka De Palma Shah Alam. Jarang hotel menyediakan Bulgogi ini kecuali di restoran Korea.  Saya suka dengan Bulgogi ini kerana campuran pelbagai jenis sayur dan daging ‘marinated’.

Jika anda ingin mengadakan majlis berbuka puasa bersama rakan-rakan pejabat atau syarikat anda, di sini tempat yang paling sesuai kerana boleh memuatkan lebih dari 600 orang dan surau yang luas boleh memuatkan sehingga 200 orang. Selain saya berbuka dengan pelbagai juadah yang enak, saya perdengarkan alunan merdu qasidah yang dipersembahkan oleh pelajar tahfiz. Turut dijemput kumpulan Traboxx Buskers yang menghiburkan pengunjung dengan lagu-lagu yang berbentuk Islamik dan ketuhanan.

Menurut Pn Hanidah Shahril selaku Timbalan Pengurus Besar, masih mengekalkan harga seperti tahun lepas iaitu RM 68 bagi Dewasa manakala RM 34 bagi kanak-kanak dan untuk bawah 5 tahun adalah percuma. Untuk tempahan boleh hubungi 03-55428080 samb 611/608/405/406 atau email ke noraini@depalmahotel.com. 

Untuk Review tahun lepas Hotel De Palma Shah Alam boleh Klik Di Sini

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on

Hotel De Palma Ampang

Pertama kali saya berbuka puasa di sini dan sampai pun hampir nak berbuka puasa hehe. Maklumlah KL jem tetapi bagi yang bekerja di Kuala Lumpur tiada masalah untuk datang sebab dekat sahaja. Bila sahaja masuk ke dalam Ballroom Hotel De Palma Ampang, suasana  sangat romantik dan seolah-olah kita berada di suasana kampung di waktu malam selari dengan tema mereka iaitu “Ramadan Buka Puasa, Suasana Tradisi, Hidangan Variasi”

Seperti biasa saya akan berbuka dengan kurma dahulu kemudian disusuli dengan Kambing Panggang. Kemudian try lah juga makan spaghetti tetapi mulut tetap nak makan makanan melayu hahaha. Saya cuba elakkan makan nasi bila berbuka puasa. Terdapat pelbagai lebih  juadah antaranya ialah Nasi Bryani De Palma bersama Kismis, Ayam Masak Briyani Berempah, Kurma Saffron Daging Tetel Berkentang, Dalca Tulang Kambing bersama sayur-sayuran, Gulai Ayam  Kampung, Sambal Udang Galah Petai, Asam Tempoyak Ikan Patin, Ulam-ulaman mengikut konsep seperti di De Palma Shah Alam sambil dihidangkan alunan muzik tradisional melayu oleh Ghazal Sri Kencana.

Sempat berbual-bual dengan Puan Fadhila Binti Ess, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan mengatakan menu di sini setiap hari berubah-ubah tetapi masih mengekalkan tema . So maknanya jika anda datang hari, makanan untuk esok tidak sama seperti semalam.Bagi harga buffet De Palma Ampang, untuk Dewasa – RM 75, manakala Kanak-kanak – RM 45. Untuk tempahan boleh hubungi 03-42707070 Samb 1515/1516

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on

Hotel De Palma Kuala Selangor.

Sebelum saya tiba di Hotel De Palma Kuala Selangor, saya sangkakan hotel ini sama seperti di Shah Alam atau Ampang yang mempunyi bangunan besar seketul. Rupa-rupa apabila sahaja di sana hotel ini berkonsepkan resort dan chalet . Saya di bawa melihat sekitar hotel De Palma ini . Terdapat 48 chalet dan 12 villa untuk pengunjung yang datang menginap di sini dengan suasana yang aman dan damai dengan dikelililingi pokok-pokok.

Bukan sekadar untuk menginap, tetapi tempat ini memang sesuai untuk ‘team building’ dan latihan bina insan untuk organisasi atau syarikat. Selain dari itu jika berkesempatan anda boleh melawat Kota Melawati, Muzium Diraja, Rumah Api Altingberg dan Kelip-kelip di waktu malam. So selepas solat tarawih di hotel boleh singgah untuk melihat kelip-kelip , tak jauh pun dari hotel.

Saya tidak sempat rasa ‘Ayam Bakar Pak Wakil’ antara hidangan istimewa di sana sebalik saya memilih Kambing Bakar. Memang sedap dan terbaik kambing panggang di sini kerana dari segi penyediaannya berbeza dari De Palma Shah Alam dan Ampang kerana di goreng semula dengan rempah ratus, bawang dan sayur.. Seperti hotel-hotel lain masih menggunakan konsep gerai mengikut budaya  ala Moroccan tetapi mengikut menu dan tema tertentu. Antara juadah yang disediakan Mee Rebus, Steamboat celup-celup, Roti John, Roti Canai, Lempeng, Spaghetti, Gulai Kawah dan ABC.

Kalau ikut nafsu semua juadah nak makan hik hik tetapi untuk kali ini De Palma Kuala Selangor saya saya makan Nasi Berlauk Ikan Patih. Lauk ikan terbaik kerana bau tempoyak dia tidak berapa kuat sebab saya tidak berapa gemar sangat dengan bau durian ni hehehe.

Dengan harga RM 49.90 bersih seorang bagi dewasa dan RM 25.00 bersih seorang untuk kanak-kanak, anda tidak perlu lagi berfikir panjang dan nikmatilah sepuas-puasnya juadah istimewa di sini

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on

Lain – Lain kemudahan :

Untuk pengetahuan anda, ketiga-tiga hotel ini ada menjalankan solat terawaih dan juga moreh disediakan. So tidak perlu risau jika anda datang jauh dan ingin menunaikan solat terawih. Seperti soalan kenapa mereka membuat konsep ala-ala gerai atau bazar? Saya bertanya kepada Pn Fadhilina selakau Pengurus Pembangunan Perniagaan mengatakan bahawa dengan mengadakan konsep ala-ala gerai boleh mengurangkan pembaziran kerana mereka boleh masak terus jika makanana sudah habis atau berkurangan mengikut pengunjung yang hadir ketika itu. Beliau menambah makanan yang lebih pun tidak banyak kerana pengunjung yang mengerjakan tarawih masih boleh menikmati hidangan yang sama.

Saya bertanya makanan lebih ini boleh ker di ambil atau di dermakan? Beliau memberitahu bahawa polisi hotel memang tidak membenarkan makanan lebihan diberikan atau didermakan kepada orang luar kerana menjaga nama baik hotel. Betul jugak tu jika orang luar makan sakit perut nanti mereka salahkan pihak hotel. Dah tercemarkan nama hotel De Palma. Sebab itu dengan berkonsepkan gerai dapat mengurangkan pembaziran. Selain dari konsep gerai sudah pasti makanan yang sudah di masak awal-awal ada seperti nasi  pelbagai jenis dan lauk pauk bagi memberi pilihan kepada pengunjung.

So jika anda ingin diskaun berbuka puasa sebanyak 12% pastikan ada sebut MALAYSIABACKPACKERS.COM semasa membuat tempahan De Palma Hotel . Ok jangan lupa sebut tau!

Selamat Berbuka Puasa!

 

One Comment

Leave a Reply