Resort World Kijal yang mendamaikan

Untuk kali ini kami akan review Resort World Kijal (RWK). Sebenarnya percutian adalah pada tahun lepas, so baru sempat untuk menulis fokus kepada hotel dan bilik. Dulu hotel ini dikenali sebagai Awana Kijal dan sekarang ini telah dibrandingkan semula dengan nama Resort World Kijal

RWK yang terletak di tepi pantai dan  sepanjang pantai itu dijaga sendiri oleh pihak hotel RWK. Selain itu hotel ini terkenal dikalangan pekerja Oil & Gas kerana terletak berhampiran Kerteh, Terengganu. Sememangnya Terengganu terkenal dengan Oil & Gas yang menjadi nadi kepada sumber kerajaan neger Terengganu.

RWK adalah hotel & resort yang bertaraf 4 bintang sesuai kepada yang ingin citarasa mewah tetapi berhampiran tepi pantai yang tidak memerlukan untuk ke pulau dan berhampiran bandar. Harga bermula RM 390 termasuk sarapan dan kegunaan kemudahan asas yang ada di hotel.

RWR ini mempuyai lebih dari 200 bilik antaranya adalah Deluxe Room, Premier Deluxe Room, Premier Room – Sea View, Deluxe Suite dan Premier Suite. Review kali ini adalah bilik Delux Room.

Dengan pemandangan di tepi pantai, secara tidak lansung dapat merehatkan tubuh badan dengan katil yang selesa dan beralaskan bantal yang empuk. Kesejukan bilik menambahkan lagi keselesan kami untuk berehat sambil menikmati rancangan tv.

Bilik kami tinggal adalah Deluxe Room Sea View di mana pemandangan di tepi pantai yang cantik. Sebaik sahaja kami buka pintu, terdapat refreshment yang disediakan untuk kami iaitu kueh tradisional . Selain itu kami turut disediakan buah-buahan untuk santapan ringan kami.

Untuk Food & Beverage di Restoran Meraga Beris antara terbaik kerana menyajikan makan tempatan yang tidak ada di tempat lain. Maksudnya makanan yang terkenal dikalangan orang Terengganu. Selain itu banyak pilihan dan memenuhi citarasa orang tempatan dan antarabangsa

Kemudahan Bilik

1- Twin bed yang besar
2- Ruang tamu kecil terdapat sofa dan meja kopi.
3- Balkoni dan dua kerusi santai
4- Aircond
5- Peti keselamatan
6- Hairdryer
7- TV flat screen
8- Wardrobe yang luas
9- Meja Makan
10- Sejadah

Kemudahan Tandas.

1- Bathtub dan shower
2- Toiletries yang lengkap
3- Tuala mandi dan tuala lap muka.

Kemudahan Resort.

1- Kolam renang dewasa dan kanak-kanak
2- Gym
3- Jet Ski
7- 18 Hole golf course
8- WIFI di lobby dan restoran.
9- Spa
10- Game room
11- Banana Boat
12- Basikal
13- ATV
14 – Turtle Hatching.

 

Untuk mengetahui lebih lanjut 10 aktiviti paling menarik di RWK boleh klik DI SINI

Di sini kami sedia video review kami di Resort World Kijal : Deluxe Room Sea View

 

 

 

 

Related Post

Leave a Reply