Pengalaman merasai Makanan Melayu Asli Eksklusif di Restoran Bunga Emas

Pengalaman lunch di Restoran Bunga Emas Royale Chulan Kuala Lumpur memang tidak dapat dilupakan kerana saya ini lah pertama kali seingat saya lunch ‘Malay Fine Dining.  Untuk pengetahuan anda “Fine Dining” ini bermaksud

Fine dining restaurants are full service restaurants with specific dedicated meal courses. Décor of such restaurants features higher-quality materials, with establishments having certain rules of dining which visitors are generally expected to follow, often including a dress code – (Wikipedia)

Dengan mudah kata hidang ekslusif di restoran yang ekslusif dengan adab  sopan santun. Oleh itu Restoran Bunga Emas Royale Chulan Kuala Lumpur ialah restoran mewah yang pertama di pusat bandar dalam persekitaran hotel 5 bintang . Setiap hidangan yang disediakan adalah bukan sekadar untuk menjamu selera malah ia merupakan satu simbolik budaya tradisional Melayu asli.

Saya tidak nafikan  setiap hidangan yang saya cuba membuatkan saya tertanya apakah rahsia disebalik setiap hidangan kerana rasanya yang unik dengan adunan bahan masakan yang menepati citarasa masakan melayu yang berkualiti tinggi.

Antara hidangan yang saya sempat mencuba adalah seperti Gulai Itik Serati, Ayam Masak Lemak Nangka. Siakap 3 Rasa, Rendang Daging, Jeruk Amra, Sup Ayam Berempah, Udang Masala, Pucuk Paku dan Pulut Hitam. Hidangan ini juga sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahupun untuk menikmati hidangan bersama rakan taulan. Setiap hidangan yang disediakan dengan telus mengikut resepi turun-temurun dari generasi dulu hingga kini bagi mengekalkan keunikan rasa hidangan tersebut.

Restoran Bunga Emas ini mempunyai keluasan 9,000 kaki persegi, susun atur Bunga Emas dibataskan dengan panel dinding  yang membenarkan pencahayaan semula jadi menembus ke dalam. Manakala di bahagian dalam, dekorasi banyak menggunakan rona natural sebagai tarikan utama. Suasana redup dan nyaman ini menaikan mood saya menikmati makanan Tradisi Melayu Asli  Ekslusif.

Restoran ini menawarkan penggunaan bilik-bilik peribadi yang direka khas untuk membolehkan anda berkomunikasi dengan rakan mahupun teman perniagaan. Bagi memupuk gaya hidup tradisi menikmati makanan Melayu terdapat dua bilik bersila yang membolehkan anda untuk menikmati hidangan. Ruang ini di tata hias dengan meja separa rendah, manakala duduk bersila di atas kerusi mewah.

Restoran Bunga Emas ini beroperasi dari pukul 12.00 pm – 2.30 pm ( makan tengahari) dan 6.30 pm – 10.30 pm (makan malam) di mana terletak di secara eksklusif di Level 1 Dining bersama restoran seperti Tai Ping Chinise Cuisine, L’Heritage Steakhouse dan Royal Cafe.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan boleh hubungi Restoran Bunga Emas di talian

+603 2688 9612

Related Post

Leave a Reply