Royal Bintang Hotel Kuala Lumpur

Untuk review kali ini aku tinggal  2 hari 1 malam di Royal Bintang Hotel Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan anda hotel ini antara hotel yang terawal selain dari Federal Hotel yang terletak bersebelahan. Hotel ini terletak di segitiga emas Kuala Lumpur  iaitu Bukit Bintang yang sangat strategik untuk pelancong yang ingin tinggal di tengah-tengah bandar.

Tidak perlu pergi jauh untuk mencari pusat membeli belah kerana semua terletak berdekatan hanya berjalan kaki sahaja dalam 5 – 10 minit untuk ke Isetan , Fahrenheit, Sg. Wang Plaza, Times Square, Lot 10, Starhill Gallery dan Pavilion. Selain itu jika mencari barang-barang komputer dan handphone boleh singgah ke Low Yat.

Selain ke pusat membeli belah, dengan menaiki LRT boleh ker Helipad yang tidak jauh dari hotel untuk mengalami pengalaman indah melihat sekitar bandar Kuala Lumpur dari tingkat paling atas bangunan. Sambil menikmati pemandangan indah Kuala Lumpur boleh juga melihat pemandangan matahari terbenam yang menakjubkan.

 

 

Mengikut tempahan adalah SUPERIOR ROOM tetapi bilik yang aku dapat adalah seperti DELUXE ROOM (Queen Bed). Maka review kali ini adalah berdasarkan pengalaman tinggal di DELUXE ROOM

Kemudahan Bilik

  1. Televsion,
  2. Minibar,
  3. Air Conditioning,
  4. Free WIFI,
  5. Hair Dryer,
  6. In Room Safe,
  7. Iron & Iron Board,
  8. Daily Newspaper,
  9. Coffee / Tea Maker,
  10. Complimentary Bottled Water,
  11. Writing Desk,
  12. Bathtub,
  13. Buffet Breakfast
  14. Sejadah

 

Kemudahan Tandas/ Bilik Air

  1. Kemudahan sabun di bilik mandi plus air panas
    Toilet
  2. Toiletries ada tetapi tiada BERUS GIGI (lupa letak kot)

 

Kemudahan Hotel :

  1. Kolam Berenang
  2. Gym
  3. Spa (Tutup Terus)
  4. Royal Club Lounge

 

Bermula dari check in, staf di front liner peramah dan sangat membantu dengan memberi maklumat penting seperti wifi internet dan juga di mana hendak sarapan pagi. Kemudian tekan lif sahaja terus ke tingkat bilik. Mudah kerana ada sesetengah hotel memerlukan penginap scan kad pada lif baru lif akan bergerak.

Tidak dinafikan hotel ini mempunyai kemudahan yang baik setanding dengan nama hotel. Kualiti tilam dan bantal masih dalam keadaan terbaik. Maksud terbaik itu selasa dan empuk. Kalau dahaga, air mineral 4 botol diberikan percuma. Kalau nak perisa lain seperti air coke, sprite boleh ambil di dalam MINI BAR di bilik. Cuma apa yang ada dalam MINI BAR adalah perlu dibayar.

Kalau rasa nak murah beli sahaja di KK Mart hanya bersebelahan hotel sahaja dan simpan stok dalam MINI BAR.

Mula buka tv, ada cerita Jepun, Indonesia, Movie Mat Salet, bile nak tekan jadi bingun sebab cari remote. Mula tekan manual, lama-lama mana tahan. Takkan tv yang canggih pun xde remote. Cari-cari tiada kemudian call operator dan mereka beritahu akan hantar REMOTE TV. Bila tanya staf kenapa tiada, rupanya mereka terlupa letak. Sepatutnya memang ada.

BBQ Dinner Buffet :

Untuk BBQ Dinner Buffet ‘just nice lah’ cuma tidak banyak pilihan dan biasa-biasa jer yang biasa seperti anda lihat di hotel-hotel di Malaysia. Cuma aku suka dia punya kuew tiew goreng memang sedap dan hot dog besar-besar.

BBQ Dinner Buffet di CAFE ROYALE & BAR

 

 

Bagaimana pula dengan bilik :

 

Mesra Islam (Kemudahan sejadah disediakan)
Di mana berus gigi?

Barang peribadi  bukan hotel punya heheh. Ramona Prestige bau paling sedap.

Bagaimana ruang yang lain :

Sarapan pagi di SUNFLOWERS BRASSERIE

 

 


Jika berminat dengan Royal Bintang Hotel boleh klik di SINI. Sentiasa buat perbandingn harga bilik dengan website rasmi hotel dan 3rd party website seperti Agoda, Booking.com, Trivago dan lain-lain lagi.

Mengikut website rasmi hotel harga bermula RM249 bagi SUPERIOR ROOM (ROOM WITH BREAKFAST) seperti yang tertera di bawah:

373 total views, 2 views today


3 Comments

  • Sagar Baba

    Hello Sir!
    My name is Masood Ahmed nd i am from Pakistan,but i am in Malaysia now and i have constrution permit and I am working also but i want a job that can give me a clean dress and a clean place and meet to just clean people with a good behave its my desire.if you can do something for me so Thank You if you can do nothing so its okay.I hope you will reply me.

  • Sagar Baba

    Have the too much hotel in Malaysia but I like this name “Royal”
    Sir you can contact me at these numbers
    Mob:00601133337451
    Whatsapp:00923338439007
    Thank you!

Leave a Reply

%d bloggers like this: