Ruggear or Normal Phone untuk aktiviti “extreme”

Ruggear merupakan satu jenama baru telefon untuk aktiviti lasak di pasaran Malaysia. Pada 20 Januari 2018 yang lalu saya telah dijemput oleh pihak Ruggear untuk program “Product Durability Test” bertempat di Kota Damansara Community Forest. Seramai 40 orang terlibat untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada petugas media,penulis blog dan rakan vendor.

Apa yang menarik mengenai program ini ialah ujian ketahanannya dilakukan di taman rimba secara tidak langsung dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan diri masing-masing. Program dimulakan dengan aktiviti mendaki hingga ke puncak Denai Tiga Puteri sambil aktiviti demonstrasi diselang-selikan sepanjang check point yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Diketuai oleh seorang pendaki profesional, Izmal Mukhriz di check point pertama 3 jenis model diuji dengan direndamkan di dalam salah satu anak sungai jernih yang mengalir di taman rimba ini untuk membuktikan bahawa telefon ini kalis air dan masih berfungsi seperti biasa.

Aktiviti demonstrasi sedang dilakukan oleh pihak Ruggear
RG160 direndam di dalam air untuk membuktikan telefon ini kalis air

3 jenis model telefon yang dilakukan ujian ketahanan ialah RG160, RG310 dan RG730. Pendakian diteruskan hingga ke check point berikut untuk menguji ketahanan telefon ruggear. Sepanjang pendakian saya turut menguji ketahanan telefon ini seperti membaling, memijak, merendam dalam selut dan sebagainya membuktikan telefon pintar keluaran Ruggear ini begitu tahan lasak.

3 jenis model iaitu RG160, RG310, dan RG730 yang diuji ketahanan semasa aktiviti pendakian dilakukan.

Jika melakukan aktiviti mendaki antara alat peranti yang menjadi kewajipan dalam kalangan pendaki ialah walkie talkie untuk memastikan hubungan komunikasi dengan ahli kumpulan tidak terputus dan mengelakkan insiden sesat di dalam hutan. Alat peranti Ruggear juga dilengkapi dengan ciri yang sama seperti walkie-talkie cuma yang berbezanya alat peranti Ruggear tidak terbatas dalam lingkungan tertentu untuk berkomunikasi dengan ahli kumpulan tidak seperti walkie-talkie. Inilah salah satu kelebihan yang terdapat pada Ruggear yang begitu menarik hati saya di samping ketahanan fizikalnya.Bagi individu yang meminati aktiviti mendaki dan sering masuk ke hutan amatlah disarankan memiliki alat peranti ini kerana teknologi yang ada membezakan ia dengan alat peranti yang lain.

Harga yang ditawarkan adalah mampu milik bermula dari RM799 sehingga RM2,399 , alat peranti Ruggear ternyata berbaloi bagi penggemar aktiviti sukan lasak dan individu yang bekerja persekitaran yang lasak dan mencabar.

Peserta yang terdiri dari kalangan petugas media,penulis blog dan rakan vendor

Untuk maklumat lanjut mengenai Ruggear orang ramai boleh layari lawan web RugGearMalaysia dan untuk membeli RugGear secara online boleh klik di sini

 

Leave a Reply