Santai Teh Tarik Tourism

Sabtu lepas saya dijemput untuk menghadiri ke Santai Teh Tarik Tourism Edisi ke-3 di cafe Rich Bole Shah Alam yang dianjurkan oleh MY E&L Event dengan kerjasama Islamic Tourism Center. Rupa-rupanya program bual bicara ini sudah masuk ke Edisi ke-3 so bermaksud dah 3 kali dianjurkan. Saya sememangnya suka dengan program yang berbentuk bual bicara atau perbincangan tentang sesuatu isu kerana di situ kita boleh bertukar-tukar fikiran dan juga mencetuskan pelbagai idea.

Program ini berlansung dengan suasana santai  nama program pun Santai Teh Tarik Tourism so mestilah secara santai di sebuah cafe Rich Boleh, Plaza Azalea Shah Alam dan bilangan perserta juga terhad kerana program ini adalah lebih bersifat fokus kepada ‘networking’ dan juga ‘sharing knowledge’. So dari segi konsep dan idea sangat bagus cuma sama ada peserta mengambil peluang atau tidak untuk ‘mingle around’ dengan semua peserta dan panel yang terlibat.

Memandangkan pengacara dah sebut nama saya berkali-kali dan dari Malaysia Backpackers nak nyorok bawah meja tak boleh sebab tempat kecik maklumlah backpackers ni sebenarnya bersifat low profile maka di minta untuk bertanya sesuatu kepada panel pada petang itu iaitu Puan Yuhaini Yusoff (Pn Y) Pengarah Pembangunan Industri dari ‘Islamic Tourism Center’. Saya sememangnya tiada soalan namun saya hanya berkongsi pengalaman saya berkaitan topik pada petang itu adalah berkaitan ‘Pelancongan Islam‘.

1. Informasi Pelancongan Tentang Masjid :

Saya berkongsikan pengalaman saya dengan membawa rakan-rakan saya dari Jepun melawat Masjid Negeri Shah Alam. Masjid ini ada menyediakan tour guide di dalam masjid sepanjang lawatan ke masjid itu di terangkan olen ‘in house’ tour guide. Saya berpendapat semua masjid yang besar eloklah ada tour guide. Kerana dengan ada tour guide kita boleh belajar dan juga mengetahui tentang sejarah masjid yang di bina ini

Jika tiada ‘tour guide’ di masjid saya mencadangkan masjid mempunya papan kenyataan atau notis board tentang masjid di sudut tertentu. Kerana saya pernah ke beberapa masjid  selain dari tujuan beribadah adalah untuk melihat keunikan dan untuk mengetahui sejarah tentang masjid. Contoh Masjid Cina di Melaka yang baru dibina, dari segi reka  bentuk memang menarik kerana ada elemen budaya cina tetapi malangnya saya tidak menjumpai informasi  lansung tentang keunikan masjid ini.

2. Makanan Halal dan “Syariah Compliance”

Saya berkongsikan perkara tentang negara Jepun betapa agresifnya mereka dalam mempromosikan produk halal dan syariah compliance dari segi makanan minuman dan kemudahan untuk solat di tempat-tempat tumpuan pelancong.  Saya juga menceritakan kawan kepada kawan saya (berapa banyak kawan dah hahaha) dari Jepun sanggup resign dari kerja asal dan belajar tentang industri halal di Malaysia. Dia memberitahu bahawa JAKIM very help full , maknanya dia berpuas hati bantuan yang diberikan oleh JAKIM.

Saya mengutarakan soalan adakah kita perlu rasa terancam dengan Jepun tentang agresifnya mereka dalam mempromosikan halal produk untuk menarik pelancong Islam dari luar terutama middle east. Pn Y memberitahu tidak menjadi masalah kerana produk pelancongan kita berbeza dengan Jepun dan kita terus membantu Jepun dari khidmat nasihat tentang Halal dan ‘Syariah Compliance’.

Selepas ‘sharing session’ dan sesi bertanya soalan, MC Bro Shaiful meminta wakil2 NGO dan organisasi untuk tampil kehadapan untuk kongsikan tentang NGO dan organisasi anda. So yang saya ingat ada dari Persatuan Buskers Malaysia , Universiti Sultan Zainal Abidin, Kolej Komuniti , Malaysia Backpackers DLL. Yg nama saya sebutkan itu yg tampilkan kehadapan, so apalagi orang dah suruh kita kedepan kita cerita serba ringkas tentang Malaysia Backpackers dan falsafah backpackers, sempoi jer kan citer panjang-panjang kan bosan pulak hahaha maklumlah perut dah lapar semua tak sabar nak berbuka puasa hehehe.

So selepas berbuka ada persembahan dari band jemputan dan akhir sekali adalah sesi networking. Saya sempatlah berbual dengan beberapa peserta dan juga jemputan sambil bertukar kad nama tetapi tidak lama kerana ada perjumpaan dengan geng-geng backpackers (BBM) di Dataran Shah Alam. Apa-apa pun program bagus dan harap di teruskan lagi untuk edisi akan datang. Malaysia Backpackers ucapkan syabas kepada pihak penganjur ke program ‘Santai Teh Tarik Tourism’ dan terima kasih atas jemputan.

p/s : Goodies yg diberikan memang best ada t-shirt, minyak wangi untuk lelaki dan perempuan dan saya dapat pen drive yang menarik kerana sudi bertanya soalan hehehe.

Kredit photo dari MyELevent

11225267_456882607811595_280465792413283409_n
Di paksa amik gambar hahaha
11665669_456930557806800_1425828227125642688_n
Kusyuk dengar ni !

11692667_456930334473489_5542223607251758967_n
Antara peserta dan jemputan yang hadir
11695886_456889891144200_4840179555626804840_n
Orang kuat MyEL Event Bro Shaiful Azli yang menganjurkan Santai Teh Tarik Tourism
11666088_456890981144091_4313310056414828534_n
Dengan Kerjasama Pengarah Pembangunan Industri Pn Y dari Islamic Tourism Center (Tourism Malaysia)
11403024_456931641140025_6504920878413945947_n
Cabutan bertuah pun ada
11693862_456932147806641_8853813651525031105_n
Saya dapat voucher makanan dari Rich Bole
11709378_456949354471587_6498826518174843705_n
Wakil dari UNIZA
10984617_456953064471216_7023419117616818826_n
Presiden Buskers Malaysia
11698615_456953874471135_6484380288458594048_n
Dipaksa bercakap lagi hehehe.
makan berbuka
Inilah juadah kami untuk 4 orang. sangat berbaloi jika berbuka di Rich Bole
10984636_456951921137997_2524624409863065685_n
Nampak tak saya gebang hahaha
11659247_987639971267972_9215201669664336347_n
Dapat lagi cenderamata penghargaan dari Pn Y Pengarah Pembangunan Islamic Tourism Center

Related Post

Leave a Reply