Selamat Hari Merdeka Malaysia!

Cerita sudah lama tetapi amat menarik Sambutan Hari Merdeka pada tahun ini kerana sehari sebelum sambutan kawasan Kuala Lumpur terutama berhampiran Dataran Merdeka dipenuhi lawatan manusia untuk demo aman Bersih 4.0. Polis Malaysia sangat ‘gantel’ dengan tidak mengambil tindakan walaupun sesetengah dari mereka telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan demi menghormati Hari Merdeka.

Saya sebenarnya tiba lewat sedikit lebih kurang jam pagi namun kawasan utama telah dipenuhi orang ribuan manusia yang cintakan keamanan sudah terpacak di Dataran Merdeka sejak awal lagi. Bila dah lewat lokasi pun tak cantik untuk ambil gambar terpaksa cuba yang terbaik untuk dapatkan shoot menarik.

Paling kesiaan yang bawa anak2 lah kerana mereka yang berdiri dapatlah lihat perarakan tetapi kanak-kanak dan ibu yang ketinggian yang tak seberapa nampak apa , yang nampak kepala penonton. Nasib baik lah aku tinggi. Dapat amik gambar walapun terpaksa berasak-asak dengan orang .

Berjumpa sahabat yang terlibat dalam perarakan hari merdela Saudara Che An.
pelajar indonesia
Bersama pelajar Indonesia dari UKM
anakmerdeka

Saya di sini melihat ribuan manusia yang cintakan keamanan dan kemakmuran. Moga anak ini diasuh dgn baik yang sentiasa cinta dan sayang akan Malaysia. Selamat Hari Merdeka Malaysia! Sehati Sejiwa

Posted by Muiz Genji on Sunday, August 30, 2015

Di bawah adalah shot yang sempat saya snap. Skil amik gambar pakai DSLR sudah berkarat perlukan banyak latihan lagi hehe.

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: