The Shore 3D Interactive Park yang awesome

The Shore 3D Interactive Park adalah tarikan baru The Shore di Melaka. Seperti yang biasa kita dengan rumah terbalik, gambar 3D dan seumpamanya ada semuanya di The Shore 3D Interactive Park. Untuk pengetahuan anda semua di sini terdapat 30 elemen  yang boleh anda cuba dan bergambar.

The Shore 3D Interactive Park yang bernilai RM3 juta menjadi tarikan terbaru bagi aktiviti pelancongan di Melaka yang bakal menarik pelancong ke negeri Melaka. Berbanding 3D park yang lain, di The Shore 3D Interactive Park merupakan 13 elemen 3D dalam 1 taman tema yang pertama di Malaysia dan terbesar di Melaka.

Terdapat lebih 60 elemen pengembaraan menarik antaranya menggunakan teknologi Realiti Tambahan (Augmented Reality) yang pasti meransangkan daya imaginasi para pengunjung.

Taman tema baru ini juga mempunyai Panggung Hologram yang terbesar dan pertama di Melaka. Para pengunjung 3D Interactive Park akan dapat merasai pelbagai pengalaman baru dengan pelbagai kesan yang menggunakan teknologi tinggi.

13 Element 3D Utama adalah seperti Berikut :

  1. AR Booth – Dengan video kamera Realiti Tambahan (Augmented Reality), anda boleh menangkap gambar berenang dengan ikan piranha, angkasawan Malaysia kembali  ke zaman dinosaur, berjinak dengan harimau Malaya, membelai anak beruang kutub dan melawat gajah afrika.
  2. 3D Wall Art – Guna daya imiginasi anda dalam bergambar dengan beraneka jenis ilusi 3D, di mana anda boleh melihat gambar dan video berunsur pendidikan tentang persekitaran angkasa dan juga haiwan-haiwan amfibia.
  3. 3D Image & Movie – Dengan cermin mata 3D, anda boleh lihat gambar-gambar dan video berunsur pendidikan tentang persekitaran angkasa dan juga haiwan-haiwan amfibia
  4. Ghost House – Umpah rumah hantu dengan ciri-ciri rumah Eropah seperti di dalam cerita Conjuring.
  5. Day & Night Dual View – Ambil gambar dalam persekitaran yang bertukar siang dan malam setiap 15 minit.
  6. Ames Room – Jadilah sebesar gergasi atau sekecil dalam bilik ilusi
  7. Gravity Hill – Tangkap gambar ilusi yang melawan daya tarikan graviti
  8. Upside Down House – Rasa keanehan jalan ulang-alik antara bilik-bilik terbalik dan bilik biasa.
  9. Green Screen Studio – Jadilah malaikat yang mempunyai sayap yang bertukar warna dan terbang ke langit yang berbintang.
  10. Hologram Theatre – Tontoni tayangan imej-imej khas di panggung hologram yang terbesar dan pertama di Melaka
  11. Funny Mirros – Bermain dengan bayangan anda. Pasti anda ketawa terbahak-bahak
  12. Interactive Elements – Menarilah dengan sebaik mungkin dan lantai akan menyala mengikut rentak anda. Selain itu, cubalah main peranan sebagai seorang tok guru masa silam yang boleh bertapa di udara.
  13. Infinity – Rasa kengerian berdiri dalam bilik tanpa sempadan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebenarnya banyak lagi element yang ada, kalau anda nak tahu apa element yang lain wajib datang ke sini.

Lokasi : The Shore 3D Interactive Park , The Shore Melaka
Tingkat 2FS-01 sehingga 2FS-46

Masa  : 10.30 am – 9.00 pm (Kemasukan terakhir 8.00 pm)

Bayaran Kemasukan : Dewasa RM30 manakala kanak-kanak RM20

 

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: