Tag: bandar seri begawan

Pengalaman di Brunei

Pengalaman di Brunei

Article, Brunei, itinerary
Penulisan yang akan saya kongsikan pada kali ini adalah berdasarkan pengalaman saya sepanjang berada di Brunei Darussalam, iaitu sebuah negara yang juga dikenali sebagai "Serambi Mekah" selain negeri Aceh yang telah saya lawati pada akhir Disember 2015 yang lalu. Di samping berkongsi pengalaman tempat tarikan utama yang telah saya lawati, secara tidak langsung para pembaca dapat mempelajari dan mengetahui sejarah, seni dan budaya di negara "Serambi Mekah" ini. Dari KL-KLIA2 saya bergerak secara solo dan setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB), perjalanan saya selama dua hari ke Brunei akan dibawa oleh sahabat Brunei saya yang baru sahaja saya kenali sekitar Ogos yang lalu. Pada hari ketiganya, saya bergerak secara solo untuk melawat lagi beberapa buah tempat yang bel...