Tag: handphone

Ruggear or Normal Phone untuk aktiviti “extreme”

Ruggear or Normal Phone untuk aktiviti “extreme”

blog, Featured
Ruggear merupakan satu jenama baru telefon untuk aktiviti lasak di pasaran Malaysia. Pada 20 Januari 2018 yang lalu saya telah dijemput oleh pihak Ruggear untuk program "Product Durability Test" bertempat di Kota Damansara Community Forest. Seramai 40 orang terlibat untuk menjayakan program ini yang terdiri daripada petugas media,penulis blog dan rakan vendor. Apa yang menarik mengenai program ini ialah ujian ketahanannya dilakukan di taman rimba secara tidak langsung dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan diri masing-masing. Program dimulakan dengan aktiviti mendaki hingga ke puncak Denai Tiga Puteri sambil aktiviti demonstrasi diselang-selikan sepanjang check point yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Diketuai oleh seorang pendaki profesional, Izmal Mukhriz di check poin