Tag: indochina

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 11 – Merangkak di Chu Chi Tunnel

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 11 – Merangkak di Chu Chi Tunnel

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Setiap perjalanan atau pengembaraan aku pasti ada tujuan tidak kira besar atau pun kecil. Sebelum aku memulakan pengembaraan ini aku berkata Chu Chi Tunnel mesti aku pergi sebab aku ingin melihat kesan bagaimana orang Vietnam melawan Amerika pada tahun 1975 Perang Dunia Ke 2. Selepas pulang dari berjalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh bersama Ivy, aku terus bertanya di kaunter hostel untuk membuat tempahan ke Chu Chi Tunnel. Namun disebabkan sudah lewat malam, tiada receptionist untuk mengangkat panggilan telefon. Maka aku diminta untuk datang semula pada keesokan pagi untuk membuat tempahan. Aku rasa kesal kerana lambat membuat keputusan dan aku menjangkakan akan pergi keesokan pada tengah hari. Selamat pagi Ho Chi Minh! Pagi pertama aku di bumi Vietnam. Kesibukan bandaraya Ho Chi Mi...
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 10 – Luahan Hati Seorang Gadis

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 10 – Luahan Hati Seorang Gadis

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Aku mengenali seorang gadis yang bernama Ivy tinggal di Ho Chi Minah ketika dia dalam program SSEAYP. Ketika itu, dia dalam Solidarity Group (SG) yang sama dengan aku. Sudah menjadi amalan biasa bagi aku dan rakan dalam program SSEAYP apabila melawat negara mereka, akan memaklumkan untuk bertemu mereka. Pada malam itu, hanya Ivy sahaja kelapangan untuk berjumpa aku. Mungkin rakan yang lain ada urusan dan tidak semua tinggal di Ho Chi Minh. Selesai makan di ‘Malaysian Street’ berhampiran Ben Thanh Market, Ivy mengajak aku berjalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Iyv menunjukkan aku bangunan bersejarah iaitu ‘People Commitee Building’. Bangunan itu dibina pada tahun 1902 ketika zaman penjajahan Perancis . Walaupun nama bangunan itu merujuk kepada orang tetapi tidak semua boleh ma
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 9 –  Apa Khabar Ho Chi Minh

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 9 – Apa Khabar Ho Chi Minh

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari, Vietnam
Jam 9.00 pagi aku bertolak menuju ke bangunan pengusaha bas di Phnom Penh. Seperti yang aku tahu sebelum ini Phnom Penh tiada stesen bas jika ada pun tiada siapa yang ingin datang mungkin kerana jauh atau tidak sempurna.  Sepanjang perjalanan menyusuri laluan kampung mengingatkan aku kampung nenek aku di Kampung Ijok. Bentuk rumah kampung tidak jauh beza sama seperti di Kampung Ijok. Bas berhenti sebanyak dua kali untuk berehat dan makan. Setiap kali bas berhenti aku akan makan biskut yang aku bawa. Itulah bekalan aku sepanjang perjalanan. Tanpa aku sedari aku sudah menghampiri sempadan Kemboja Vietnam. Aku lihat salah seorang pemandu kedua meminta pasport daripada semua penumpang termasuklah aku. Aku fikir urusan pasport mereka akan uruskan di imigresen.  Sampai sahaja imigresen, aku l
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 6 – 3 KILOMETER

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 6 – 3 KILOMETER

blog, Cambodia, Featured, Penaklukan Indochina 28 Hari
Hari ini aku merancang untuk self tour bandar Phnom Penh sepenuhnya dan Sambo tidak ikut serta kerana ada urusan kerja. Aku hanya bergantung dengan peta digital untuk bergerak sekitar bandar Phnom Penh.  Kadang-kadang pening juga lihat peta digital ini kerana kita tidak pasti di mana utara dan selatan tetapi apabila sudah jumpa laluan yang betul semuanya jadi mudah. Alhamdulillah aku ternampak satu restoran fastfood  mempunyai halal logo iaitu Chicken Deluxe yang mengadap jalan raya berhampiran Sungai Tonle Sap. Selesai sahaja aku terus menuju ke ‘Royal Palace’. Istana Raja atau lebih dikenali sebagai Royal Palace adalah tempat bersemayam Raja Norodom (1834 – 1904). Malangnya tempat itu telah tutup sementara kerana masa operasi untuk sesi pertama ialah 7.30 pagi hingga 11.00 pagi sedang
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 5

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 5

itinerary, Penaklukan Indochina 28 Hari
Si Pereka Dalaman Selesai sahaja urusan kerja aku dengan aktiviti belia dan kesukarelawan, ini lah masa sebenarnya untuk aku berjalan sendiri secara solo. Sebenarnya aku tidak membuat perancangan lengkap kerana pada bulan satu dan dua aku sangat sibuk dengan pelbagai urusan dan kerja. Aku tidak sangka selepas aku meletak jawatan banyak perkara yang perlu aku uruskan hingga aku terlalu sibuk dan tiada masa untuk memikir tentang trip IndoChina ini. Yang aku sempat meracang dalam sehelai kertas A4 adalah tempat yang ingin aku lawati, pengangkutan yang akan aku gunakan dan kos perbelanjaan. Sebenarnya aku tidak merancang sangat untuk trip ini tetapi entah mengapa apa yang aku rancang aku tidak ikut kerana aku merasakan seperti tiada kebebasan. Akhirnya aku ikut sendiri go with the flow. ...
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 4

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 4

blog, Cambodia, itinerary, Penaklukan Indochina 28 Hari, Phnom Penh
Hotel Mewah Dan Mahal Wow! Cantik sungguh hotel ini rupanya. Hotel Sokka ini antara hotel yang termahal di Kemboja. Dalam sejarah hidup aku ini kali kedua aku dapat merasai hotel yang mahal sebegini dengan pelbagai kemudahan.  Setiap kali menghidupkan televisyen akan keluar tulisan ucapan dan nama sebagai mengalu-alukan kedatangan aku ke hotel ini. Selain itu roof top hotel yang sangat cantik dan boleh melihat sebahagian bandar Phnom Penh dari pandangan atas bangunan hotel. Walaupun aku diberikan kemudahan hotel yang mewah tetapi ada tugasan yang perlu aku laksanakan di mana aku ditugaskan sebagai pengurus media online untuk muka rasmi Facebook  Asian Youth Council (AYC)  sempena program Asian Youth Forum (AYF)  dan antara perkara penting yang berlaku pada hari itu adalah perlantik
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 3

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 3

blog, Cambodia, Featured, Penaklukan Indochina 28 Hari
Selamat Tinggal Aranyaprathet Hari kedua aku perlu bergegas pulang ke Phnom Penh kerana kami ada urusan kerja yang perlu di lakukan. Tanpa membuang masa kami check out seawal pagi dan aku mula rasa rugi tidak membeli apa-apa. Bagi yang ingin menjalankan perniagaan bundle ini tempatnya. Insyallah ada rezeki aku akan datang balik. Apabila selesai urusan imigresen di Poipet, tiba-tiba datang seorang lelaki bertanya kawan aku “Where do you want to go?”. Kawan aku menjawab “Phnom Penh”, “Ok follow me” jawab lelaki tadi sambil menarik luggage kawan aku tadi. Kami berjalan lebih kurang 100 meter dari pusat imigresen tadi. Rupanya lelaki itu menunjukkan kaunter bas ke Phnom Penh. Pada mulanya aku ingin menaiki bus kerana lebih jimat, tetapi memikirkan lambat dan perlu berada di
Penaklukan INDOCHINA 28 Hari : Part 2

Penaklukan INDOCHINA 28 Hari : Part 2

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Pusat Bundle Terbesar Aku sampai di Sieam Reap lebih kurang jam 5.00 pagi dan apabila aku turun dari bas aku tidak tahu di mana aku berada seperti orang mamai. Aku lihat tuk tuk sedang menunggu dan memanggil pelanggan. Ini yang aku risau sebab apabila bus berhenti di bangunan syarikat operasi mereka, sudah tentu jauh dari bandar. Risiko untuk kena tipu dengan pemandu tuk tuk memang tinggi. Aku sudah lah tidak tahu berapa kadar yang akan dikenakan mereka dan ini menjadi masalah kepada aku untuk tawar menawar harga selain daripada masalah bahasa. Sebab itu apabila aku nak start berunding harga terutama sekali melibat pengangkutan awam, aku akan bersandarkan kepada jarak perjalanan dan masa yang diambil. Selain itu aku akan cuba membuat perbandingan harga di Malaysia seperti dari KLIA ke Sh...
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 1

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 1

blog, Cambodia, Featured, itinerary, Penaklukan Indochina 28 Hari
Apa itu INDOCHINA? Pada mulanya memang tidak merancang tetapi keinginan untuk mengembara secara solo untuk tempoh yang lama membuak-membuak. Aku jadikan landasan Indochina sebagai permulaan untuk aku pergi jauh dalam dunia pengembaraan solo. Berlandaskan hanya sekeping kertas aku meletak dua sasaran dalam pengembaraan ini di mana aku mesti mencuba menaiki kereta api dari Ho Chi Minh ke Hanoi dan berjumpa sahabat aku di Chiang Mai. Disebabkan nama Indochina ini sungguh unik aku melihat pengembaraan ini perlu ditakluk apatah lagi berdekatan dengan Malaysia. Asal nama Indochina adalah datang dari zaman penjajahan Perancis yang melibatkan tiga negara iaitu Vietnam, Laos dan Kemboja yang dahulunya dikenali sebagai France Indochine sebagai kawasan penjajahan Perancis. Nama Indochina adalah g...