Tag: memancing

Pengalaman Pahit Memancing di laut dalam Selangor

Pengalaman Pahit Memancing di laut dalam Selangor

blog, Featured, Malaysia, Selangor
Hari yang dinantikan telah tiba. Dari ajakan kawan membuatkan aku teruja untuk memancing di laut dalam. Last sekali aku memancing pun dekat jambatan dengan ayah aku.  Itu jer skill yang aku ada. Aku hanya perlu bayar RM200 termasuk makan minum, umpan dan bayaran bot. Mengikut perancangan awal aku akan bergerak dari rumah selepas subuh, namun dimaklumkan air terlalu surut untuk bergerak awal takut bot akan tersadai di muara kerana air cetek.  So aku bergerak dari lebih kurang 8.30 pagi  mengikut Guthrie Highway sehingga ke Kampung Ijok. Dari laluan utama terus ke Kuala Selangor sehingga Sg Besar. Untuk ke jeti, kami perlu ke Kampung Bahagian Tengkorak.  Agak payah sebenarnya jika anda pertama kali untuk sampai ke sini kerana untuk menghubungi tekong atau rakan anda yang sudah sampai k