Tag: penaklukan indochina

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 11 – Merangkak di Chu Chi Tunnel

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 11 – Merangkak di Chu Chi Tunnel

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Setiap perjalanan atau pengembaraan aku pasti ada tujuan tidak kira besar atau pun kecil. Sebelum aku memulakan pengembaraan ini aku berkata Chu Chi Tunnel mesti aku pergi sebab aku ingin melihat kesan bagaimana orang Vietnam melawan Amerika pada tahun 1975 Perang Dunia Ke 2. Selepas pulang dari berjalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh bersama Ivy, aku terus bertanya di kaunter hostel untuk membuat tempahan ke Chu Chi Tunnel. Namun disebabkan sudah lewat malam, tiada receptionist untuk mengangkat panggilan telefon. Maka aku diminta untuk datang semula pada keesokan pagi untuk membuat tempahan. Aku rasa kesal kerana lambat membuat keputusan dan aku menjangkakan akan pergi keesokan pada tengah hari. Selamat pagi Ho Chi Minh! Pagi pertama aku di bumi Vietnam. Kesibukan bandaraya Ho Chi Mi...