Tag: penaklukanindochina

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 11 – Merangkak di Chu Chi Tunnel

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 11 – Merangkak di Chu Chi Tunnel

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Setiap perjalanan atau pengembaraan aku pasti ada tujuan tidak kira besar atau pun kecil. Sebelum aku memulakan pengembaraan ini aku berkata Chu Chi Tunnel mesti aku pergi sebab aku ingin melihat kesan bagaimana orang Vietnam melawan Amerika pada tahun 1975 Perang Dunia Ke 2. Selepas pulang dari berjalan-jalan sekitar bandar Ho Chi Minh bersama Ivy, aku terus bertanya di kaunter hostel untuk membuat tempahan ke Chu Chi Tunnel. Namun disebabkan sudah lewat malam, tiada receptionist untuk mengangkat panggilan telefon. Maka aku diminta untuk datang semula pada keesokan pagi untuk membuat tempahan. Aku rasa kesal kerana lambat membuat keputusan dan aku menjangkakan akan pergi keesokan pada tengah hari. Selamat pagi Ho Chi Minh! Pagi pertama aku di bumi Vietnam. Kesibukan bandaraya Ho Chi Mi...
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 10 – Luahan Hati Seorang Gadis

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 10 – Luahan Hati Seorang Gadis

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Aku mengenali seorang gadis yang bernama Ivy tinggal di Ho Chi Minah ketika dia dalam program SSEAYP. Ketika itu, dia dalam Solidarity Group (SG) yang sama dengan aku. Sudah menjadi amalan biasa bagi aku dan rakan dalam program SSEAYP apabila melawat negara mereka, akan memaklumkan untuk bertemu mereka. Pada malam itu, hanya Ivy sahaja kelapangan untuk berjumpa aku. Mungkin rakan yang lain ada urusan dan tidak semua tinggal di Ho Chi Minh. Selesai makan di ‘Malaysian Street’ berhampiran Ben Thanh Market, Ivy mengajak aku berjalan-jalan di sekitar bandar Ho Chi Minh. Iyv menunjukkan aku bangunan bersejarah iaitu ‘People Commitee Building’. Bangunan itu dibina pada tahun 1902 ketika zaman penjajahan Perancis . Walaupun nama bangunan itu merujuk kepada orang tetapi tidak semua boleh ma
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 9 –  Apa Khabar Ho Chi Minh

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 9 – Apa Khabar Ho Chi Minh

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari, Vietnam
Jam 9.00 pagi aku bertolak menuju ke bangunan pengusaha bas di Phnom Penh. Seperti yang aku tahu sebelum ini Phnom Penh tiada stesen bas jika ada pun tiada siapa yang ingin datang mungkin kerana jauh atau tidak sempurna.  Sepanjang perjalanan menyusuri laluan kampung mengingatkan aku kampung nenek aku di Kampung Ijok. Bentuk rumah kampung tidak jauh beza sama seperti di Kampung Ijok. Bas berhenti sebanyak dua kali untuk berehat dan makan. Setiap kali bas berhenti aku akan makan biskut yang aku bawa. Itulah bekalan aku sepanjang perjalanan. Tanpa aku sedari aku sudah menghampiri sempadan Kemboja Vietnam. Aku lihat salah seorang pemandu kedua meminta pasport daripada semua penumpang termasuklah aku. Aku fikir urusan pasport mereka akan uruskan di imigresen.  Sampai sahaja imigresen, aku l
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 8 – Terima Kasih Phnom Penh

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 8 – Terima Kasih Phnom Penh

blog, Featured, Penaklukan Indochina 28 Hari, Phnom Penh
Tiba-tiba aku terjaga dan melihat kepada jam rupanya sudah pukul 5 pagi. Semua penghuni dalam bilik masih dibuai mimpi. Aku perlu bersiap awal kerana aku akan bertolak dari ‘hostel’ aku jam 8.30 pagi. Tanpa aku sedari  aku telah mengganggu orang lain tidur sehingga salah seorang menunjukkan isyarat diam pada aku. Walhal aku merasakan sudah sehabis baik aku mengemas barang dan beg aku dalam keadaan yang senyap dan tenang. Sementara aku menunggu mereka ambil aku, aku bersarapan dengan seorang pemandu tuk tuk yang beragama Islam bernama Husen. Sebenar aku dapat nombor telefon Husen dari Facebook, aku meminta dia membawa aku untuk sarapan pagi lalu dia membawa aku ke restoran berdekatan dengan masjid. Kebiasaannya di mana – mana tempat jika ada masjid mesti ada restoran halal berdekatan. Di
Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 7 – Pemberian Kek Hari Jadi

Penaklukan Indochina 28 Hari : Part 7 – Pemberian Kek Hari Jadi

blog, Penaklukan Indochina 28 Hari
Hari ini hari terakhir aku di Phanom Penh. Sepanjang aku berada di sini aku tidak rehat secukupnya dan sentiasa bergerak jauh untuk pergi ke restoran Halal.  Oleh itu aku membuat keputusan tidak pergi ke mana sepanjang hari kecuali untuk makan. Pagi itu aku menghantar pakaian aku yang sudah 7 hari itu tidak basuh. Mula – mula aku minta untuk basuh sahaja tetapi peniaga mula menawarkan aku dengan harga yang murah kerana aku pelanggan pertama dia untuk hari ini. Aku cuba tawar-menawar dan akhirnya aku setuju dengan harga 5 USD untuk basuh dan lipat untuk 2.5 kg.  Bagi aku harga di tempat lain pun lebih kurang sama tetapi yang penting aku boleh ambil malam itu juga  kerana esok pagi aku akan bergerak ke Ho Chi Minh. Memandangkan semalam aku terjumpa restoran Muslim berdekatan dengan hostel