Tag: ramadhan

Ramadhan Buffet De Palma Hotel Ampang

Ramadhan Buffet De Palma Hotel Ampang

blog, food, Kuala Lumpur, Malaysia
Sempena bulan puasa Hotel De Palma tidak ketinggalan menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa untuk pelanggan. Bertemakan Nostalgia Ramadhan Buffet dengan dokorasi 'balik kampung' menggamit perasaan kenangan silam di kampung-kampung. Untuk tahun ini menu yang dihidangkan lebih dari 200 menu dan apa yang berbeza kali ini di mana menu baru iaitu Kebab Arab Shawarma itu yang saya perasaan tak tahulah kalau ada menu yang baru. Mengikut perbualan dengan Chef Azri, antara keistimewaan di De Palma Hotel adalah Chaw Kuey Teow  dan Mee Goreng Mamak. Setiap tahun menu ini adalah menu wajib dan mesti ada untuk buffet berbuka puasa. Apa yang saya lihat di De Palma Hotel, kebanyakan menu De Palma Hotel adalah lebih kepada DIY (atau ambil sendiri) di mana semua bahan-bahan makanan sudah disediaka