The Food Factory di First World Hotel, Genting Highland

Saya bersama beberapa lagi rakan media yang lain berkesempatan berkunjung ke The Food Factory di First World Hotel, Genting Highland pada hari Sabtu, 19 Mac 2016 bagi memenuhi jemputan daripada pihak Resorts World Genting, bagi merasai pengalaman berada di sana sempena pembukaan baru yang telah dirasmikan pada awal Mac yang lalu.

Sempena cuti persekolahan baru-baru ini, pihak The Food Factory telah mengadakan promosi istimewa bagi sarapan pagi secara bufet dari jam 6 pagi – 11 pagi dengan harga promosi RM 29 bagi golongan Dewasa, dan RM 14 bagi Kanak-kanak , termasuk GST 6%.

Lokasi bagi The Food Factory yang terletak di Aras 3, bangunan First World Plaza berdekatan dengan The Skyway Terminal ini telah menawarkan pelbagai jenis sajian dan hidangan daripada sajian masakan Asia sehinggalah kepada sajian masakan Barat.

Sajian yang boleh didapati di The Food Factory, antaranya sajian Barat, Asia Timur, Asia Barat, Timur Tengah, aneka roti dan pastri, dan minuman.

Konsep sajian Asia Timur di sini menyajikan hidangan sajian masakan dan makanan Cina. Manakala, sajian Asia Barat lebih menyajikan hidangan sajian makanan tempatan, dan sajian Timur Tengah termasuk masakan India dan Arab.

Bagi mereka yang berminat untuk menikmati sajian bufet makan tengahari yang bermula dari jam 1 petang – 5 petang adalah bermula pada 12 Mac sehingga 20, 26, dan 27 Mac. Kadar bayaran bagi Dewasa (Adult) adalah sebanyak RM 38.00. Manakala, bagi kanak-kanak (Child) cuma RM 10.00.

Pengalaman saya sepanjang berada di sini, banyak hidangan yang disediakan dengan tempat makan yang selesa, luas dan sangat kondusif, dan harga yang ditawarkan cukup berpatutan. Sebagai seorang Muslim, perkara yang diutamakan, pastinya sajian yang Halal.

Berikut adalah antara 27 jenis sajian yang terdapat di The Food Factory yang boleh saya kongsikan kepada semua:-

(1) Sauteed Spanish Sausages with Mushrooms and Herbs

DSC_1133

(2) Chicken and Lamb Shawarma

DSC_1147

(3) Daging Kebab

DSC_1151

(4) Malay Kueh & Nyonya Kueh Selections

DSC_1179

(5) Seafood Platter

DSC_1119

(6) Egg Mayonnaise Sandwich

DSC_1122

(7) Assorted Ice Cream; Strawberry, Cheese Cake, Chocolate, Tiramisu, etc.

DSC_1261

(8) Cheese Sandwich

DSC_1123

(9) Roasted Chicken with Potatoes and Vegetables

DSC_1230

(10) Buttered Pancake with Sauces; Raspberry, Honey, Strawberry, Mapple syrup, Pineapple

DSC_1243

DSC_1102

(11) Assorted Gummy Lollipop

DSC_1108

(12) Selection of Cheese & Cracker with Grape

DSC_1110

(13) Assorted Fruit; Orange, Watermelon, Green Apple, Dragon fruit, papaya etc

DSC_1115

(14) Assorted pickles

DSC_1117

(15) Ham Sandwich

DSC_1125

(16) Chocolate Fountain with Marshmallow

DSC_1127

(17) Popcorn

DSC_1128

(18) Sauteed Pasta with Cream Carbonara Sauce

DSC_1136

(19) Beef and Chicken Burger

DSC_1135

DSC_1236

(20) Dhal Papadum, Color Rice Cracker, Papadom

DSC_1145

(21) Roti Benggali

DSC_1150

(22) Potatoes Samosa

DSC_1216

(23) Chicken Spicy Sauce

DSC_1218

(24) Nasi lemak

DSC_1149

(25) Roti jala with Chicken Curry

DSC_1161

(26) Assorted Doughnut

DSC_1185

(27) Assorted Pastries, Mexico Bun, Chicken Ham Pizza, Margherita Pizza

DSC_1192

DSC_1194

DSC_1193

Ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari di laman web di http://www.rwgenting.com/

Farah Azwa Roslan

Guest Writer @MalaysiaBackpackers.com 

FB: facebook.com/farahazwa.roslan

1,020 total views, 2 views today


Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: