10 Tip untuk Trip Trans Siberian oleh Moji

Trans Siberian topik antara ramai orang ingin dengar maklumlah jauh dan mencabar. Baru-baru aku dijemput secara personally untuk mendengar talk dari Moji tentang dunia backpacking. Sebagai seorang backpacker tentu sekali penting untuk kita mendengar pengalaman orang yang pernah pergi selain dari memabaca travel blog dan juga sumber-sumber dari sosial media.

Pada mulanya tidak tahu apa yang bakal dikongsikan tetapi memandang Moji baru pulang dari trip Trans Siberian aku dapat rasakan pasti dia akan kongsi cerita tentang pengalaman terbaru dia. Lokasi talk diadakan di Starbucks TTDI yang dianjurkan oleh Harian Metro untuk ruang Gen Y Harian Metro

Beberapa perkara yang masih aku ingat tip yang diberi oleh Moji untuk kepada bakal traveler atau backpacker yang berminat dengan trip Trans Siberian ialah :

1. Home Work

Perlu buat home work tentang Trans Siberian bermaksud ialah berapa lama hendak pergi (tempoh masa) dan lokasi mana yang hendak di lawati sepanjang Trans Siberian. Lagi banyak berhenti atau bermalam di lokasi tertentu lagi banyak belanja di perlukan . Tetapi jangan lupa setiap lokasi adalah keunikan yang perlu di singgahi. So perlu pilih mana yang betul-betul ingin dilawati.

2. Kos Perbelanjaan

Berbalik kepada No. 1 baru tahu kos yang diperlukan untuk trip Trans Siberian dari segi tiket train, pengangkutan selain dari train, penginapan, pakej tour yang diperlukan, makan dan perbelanjaan yang tidak dijangka. Mungkin boleh cuba Couchsurfing untuk yang dah biasa.

3. Peralatan & Pakaian

Penyediaan peralatan dan pakaian juga perlu diambil berat. Disebabkan dia pergi semasa musim sejuk so beberapa pakaian sejuk/jacket yang berkualiti diperlukan seperti waterproof Untuk pengetahuan anda trip Trans Siberian Moji dan rakan-rakan di taja oleh North Face. So amnya banyak yang dikongsi adalah pakaian dari North Face dan perserta diberi peluang untuk mencuba atau memegang pakaian yang Moji bawa.

4. Inner Wear

Pakaian inner wear juga memain peranan penting semasa musim sejuk. Dulu aku sering dapat katalog pakaian dan di ruang pakaian lelaki ada pakaian inner wear time tu aku memang tak paham kenapa nak pakai dan lagi-lagi cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Baru aku faham pentingnya inner wear semasa musim sejuk apabila Moji terangkan

5. Brand

Walaubagaimanapun ada juga brand-brand lain yang boleh dipakai. Cuma jika kita hendak beli sama ada bundle atau jenama lain pastikan kita tahu baju yang dibeli itu sesuai dengan kita dan juga suhu persekitaran. Setiap bahan baju dan ketebalan baju mempunyai fungsi tertentu dan boleh menahan suhu mengikut bahan baju dan ketebalan suhu. Brand yang baik pasti harga pun mahal maklumlah barang berkualiti.

6. Kasut

Kasut juga memain peranan sepanjang trip Trans Siberian ini. Antara yang dicadangkan adalah yang jenis high cut kerana kasut ini melindungi tumit anda selain dia melindungi keseluruhan kaki anda. Selain itu boleh mengurangkan rasa sejuk pada kaki anda.

7. Masa Lapang

Bagi mengisi masa lapang semasa di dalam train, Moji kongsi buku Trans Siberian yang dibawa untuk dibaca di dalam train. Untuk pengetahuan anda memang tiada capaian internet kecuali jika singgah di bandar. Oleh itu untuk menghilangkan berasa bosan perlulah melakukan aktiviti apa yang ada suka. Macam Moji di kongsi gambar mereka sedang membaca buku.

8. Tiket

Sepanjang trip train Trans Siberian, tiket dipegang oleh mereka untuk mungkin kerana takut kita lari semasa train berhentii di lokasi tertentu-tentu untuk mengambil orang.

9. Makanan Halal

Makanan halal memang sukar untuk dapat jadi kebanyakkan mereka semua menjadi vegetarian. Semasa mereka di Desert Gobi, tuan rumah menyediakan mereka makanan vegetarian. Sebagai persediaan boleh bawa Brahim dan lain-lain tetapi lama-kelaman anda akan muak kerana asyik makan makanan yang sama.

10. Masalah Bahasa

Masalah bahasa menjadi lumrah di mana-mana negara. So just cakap macam ayam dengan itik. So layan jer asal korang paham apa yang mereka cuba nak sampaikan.

Di akhir sesi Moji kongsikan gambar-gambar menarik dan juga teaser untuk rancangan tv terbaru Kembara Backpackers bersama Moji bagi episod Trans Siberian. Itu sahaja yang aku ingat dan jika ada lagi nanti aku tambah kemudian.

Akhir kata anda tidak perlu jadi seperti Moji, Et, Aku atau orang lain sebaliknya gunakan pengalaman mereka untuk anda meneroka dunia anda sendiri dalam backpacking.

Selamat Mengembara.

backpackers talk1

whatsapp-image-2016-10-09-at-22-07-54

backpackers talk2

whatsapp-image-2016-10-09-at-22-08-08-1

 

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on

 

 

 

A photo posted by Muiz Misri (@muizwanderlust) on

 

 

Related Post

Leave a Reply

%d bloggers like this: