Apa yang saya dapat di Travel Blogger Meetup 2015

Ini adalah pertama kali pertama kali saya join Travel Blogger Meetup atau dengan bahasa mudah perjumpaan untuk blogger yang khusus tentang travel dan percutian. Sebelum ni biasa pergi event untuk lifestayle blogger so nak lihat bagaimana event ini diadakan. Selalunya kalau event di KL saya memang akan amik public transport sebab malas nak hadap jem yang boleh berlaku di KL secara tiba.

So event ini berlansung di Cafe Calvera yang famous dengan expatriate di belakang Hotel Istana. Dengan menggunakan Monorail saya berhenti di Stesen Raja dan berjalan ke sana lebih kurang 10 minit. Mula-mula menggagau nak cari tapi bila dah nak Hotel Istana rupa-rupa dulu saya pernah ada event dan tido disana hehe

By the way kalau ikut organizer kata start jam 3.00 petang tetapi biasalah masing-masing ada hal sebab tu datang lewat. so around 3.30 ptg baru start the event di mana panel terdiri dari 2 lelaki 2 perempuan. Aku ingat Menk sahaja sebab di Solo Traveller yang memang dah ada dalam account Instgram saya.  Sebenarnya saya tidak beberapa fokus sangat apa yang dibincangkan kerana sibuk bersembang dengan rakan sebelah hahaha.

Yang ingat pun hanya beberapa point yang penting antaranya as traveller :

  • Kita memang kena buat itinerary atau route as our guide supaya kita tidak tersasar dengan budget dan masa. Boleh redah but before you landing mesti dah ada dalam plan apa yang perlu dibuat. Normally the changes happen when you found a new thing so plan akan berubah base on others travellers guide and local people.
  • Kalau anda perempuan and travel as solo , tidak digalakkan arrive at night or late night . Biasanya malamlah selalu berlaku kejadian yang tidak diingini.
  • Menk menghabis RM18,000 dari Malaysia ke UK
  • Menk menghabis lebih kurang RM5000 ke Tibet kerana hendak masuk ke sana hanya boleh melalui travel agent sahaja.
  • Saya tanya Menk kenapa nak travel solo ? Dia jawap ‘ Kalau orang barat boleh buat kita pun mesti boleh buat’

Apa-apa pun saya suka event seperti begini kerana mengumpul semua travel blogger dan geng-geng yang minat travel sambil sharing travel experience. So takde nak rasa awkward sangat atau malu kerana kita mempunyai minat yang sama cuma pengalaman sahaja yang berbeza.Di tambah juadah ringan yang simple but sedap!

Goodies juga diberi kepada participant ada kelendar dan majalah. Balik rumah dan rujuk sikit majalah travel agent, rupanya kita boleh gunakan reference pakej mereka as personal punya itinerary untuk kita traval pada masa akan datang. So kerja pun makin mudah.

Soalnya boleh ker kita buat ? Rasa nak buat jer mcm dia hahaha

IMG_2994 IMG_2999

seduniatravel

2

Related Post

Leave a Reply