Traveler’s Power Pack INNERGIE Sudah Berada Pasaran

Akhirnya produk INNERGIE secara rasminya telah dilancarkan dan boleh di didapati di berberapa kedai seperi Tundermatch, AllIt , Harvey Norman dan beberapa kedai komputer & Mobile phone di Low Yat dan Digital Mall. Untuk pembelian online boleh dapati di Lazada.

13709687_1756285367951401_1806177206_o

Kalau anda ada baca post sebelum ini saya ada buat review bagi produk INNERGIE Life Hub Plus sangat sesuai bagi traveller seperti saya yang bawa pelbagai gajet dan memerlukan charging yang cepat.

IMG_20160720_121118

Produk INNERGIE adalah brand dari Delta umpama Toyota mengeluarkan kereta jenama Lexus. So lebih kurang macam tulah. Rupa-rupanya syarikat Delta ini telah diasaskan di China sejak 1971 dan sudah mengeluarkan pelbagai produk ‘Power Electronik, Energy Management dan Smart Green Life’.

Boleh tahan jugak syarikat Delta ini kerana mempunyai 60 Pusat R&D dan 38 kemudahan pembuatan di seluruh dunia. Manakala roduk INNERGIE telah berada di pasaran sejak 2008 di seluruh dunia di bawah kumpulan Delta’s Smart Green Life Business.

Antara kejayaan yang diperolehi oleh Delta adalah terpilih 5 tahun berturut-turut terpilih sebagai ahli Dow Jones Sustainability World Index (DJSI World). Dow Jones ini bermaksud adalah syarikat atau perusahaan yang terbaik di Amarika Syarikat.

So bukan calang-calang juga syarikat Delta ini walaupun dari China kerana untuk mengeluarkan produk yang bermutu dan berkualiti mestilah mempunyai pusat R&D (Research & Development) dan mendapat pengiktirafan dunia. Patutlah harganya agak mahal sedikit

Antara produk-produk INNERGIE yang dikeluarkan oleh Delta telah berada di pasaran ialah Power Gear ICE 65, LifeHub Plus dan Wizard Tip. Untuk baca review LifeHub Plus ini klik SINI. Untuk 2 produk tunggu yer saya belum berkesempatan lagi . Buat masa ini INNERGIE telah membuat harga promosi combo “Traveler’s Power Pack’ bagi ketiga-tiga produk dengan harga RM 325.60 berbanding harga asal iaitu RM407.00.

Melihat kepada 3 produk ini memang saya memerlukan lagi-lagi saya ini sebagai traveller sering membawa pelbagi gadget dan memerlukan ‘alat’ yang menyenangkan saya dan tidak membebankan beg saya. Oleh saya lihat ketiga-tiga produk ini membantu saya iaitu tidak perlu membawa banyak sangat adapter dan juga secara tidak lansung meringankan beg saya.

IMG_20160720_124814

Kalau anda mencari produk berkualiti dan bermutu ini lah produknya. Sebagai seorang lelaki pasti menjadi pilihan wanita yang mempunyai kualiti dan bermutu. Sebab itu mereka nak tangkap gambar saya dengan saya hahaha gurau jer!

Related Post

4 Comments

Leave a Reply