Trip Indochina 3 Negara (Ho Chi Minh – Sieam Reap – Bangkok – Sg Kolok).

Bila ada sahabat yang bertanya bagaimana mana nak buat trip Indochina 3 Negara (Ho Chi Minh – Sieam Reap – Bangkok – Sg Kolok).

Langkah 1 : Airport – Ho Chi Minh

Begini jika sampai ke airport sama ada naik teksi ( Mai Linh, keta dan van putih dan hijau, dan putih Vinasun sahaja kalau lain abaikan) atau bus bernombor from Airport to City center – bus no 109 (http://e.vnexpress.net/…/first-class-airport-buses-launched… ) atau 152 Segala urusan pembayaran dalam dong kalau usd mudah kena tipu.

DSC_3000 media

Langkah 2 :Ho Chi Minh – Siem Reap

Then jika sampai di bandar ho chi minh, cari yang berdekatan ben tenh market kerana mudah untuk mencari makanan muslim. dari situ ke 1.2 KM terdapat banyak guesthouse dan travel agency yang boleh buat tempahan bas ke Siem Reap. Bus ke Siem Reap lebih kurang 12 jam lebih dan harga tiket lebih kurang 21 USD. Time of departures dari Ho Chi Minh : 7am, 8am, 9:30am, 11am, 1pm and 3pm.

Rujuk gambar peta ( Kawasan bulatan merah itu adalah banyak guesthouse dan juga travel agency iaitu Pham Ngu Lao Street). Boleh survey harga tiket disitu. Bulatan Hitam adalah stesen Bas bersebelahan Pham Ngu Lao Street.

DSC_1311

Langkah 3 : Sieam Reap – Bangkok

By Bus

Bus station agak jauh dan terletak di celah-celah ceruk bandar. So the best way tempah tiket di guesthouse mereka ada buat tempahan. Dan selalunya sama ada bas itu ke guesthouse anda atau mereka akan pickup dan hantar ke syarikat bas tersebut harga 28 USD

By Train :
Amik bus ke Poipet dan jalan kaki ke Boder Thailand Aranyaprathet. Tido di situ satu malam untuk lihat antara pusat bundle (Golden Gate Market.) terbesar di asia. kasut ,pakai, basikal. macam2 ada. Makanan halal di lorong masuk ke 7-11 (Thai Muslim) berdekatan Golden Gate Market.

Train – Aranyaprathet > Bangkok Schedule;
DEP 06:40 > ARR 12:05
DEP 13:55 > ARR 19:55

Train akan berhenti di Hua Lamphon Station.

IMG_3619

Langkah 4 : Bangkok – Sg Kolok

Apabila sampai Hua Lamphon Station terus beli ticket ke Sg Kolok. (Harga bermula ke 550 bht ke atas) Kalau murah kipas dan paling mahal aircond berkatil). Masa adalah 1.00 PM. Beli awal tiket takut habis atau paling teruk dapat kerusi kipas,

Jika mengadap dari depan station Hua Lamphong di sebelah kanan terdapat beberapa guesthouse yang murah. atau nak rasa feel backpackers boleh tinggal di Khao San Road. Nak murah amik teksi bermeter sahaja atau gunakan mrt sepanjang pengangkutan di Bangkok. Kalau naik teksi dari Hua Lamphon Station ke Khao San Road harganya tak lebih dari 56 Bht, so kalau tutuk dia akan minta 80 Bht. Jangan pakai tutuk memang mahal atau mudah kena ketuk!

IMG_3505

Tempat Lawatan :

  1. Anda boleh rancang berapa tempat yang anda ingin anda lawat seperti di Ho Chi Minh, kalau Tour City 1 hari, Chu Chi Tunnel separuh hari atau satu hari.
  2. Bila anda dah rancang tempat yang anda ingin lawatai baru anda boleh agak berapa lama nak duduk, 1 malam , 2 malam atau 3 malam.

Tips :

  1. Download map digital awal untuk memudahkan pergerakan kita tanpa perlu bergantung dengan map.
  2. Di Cambodia banyak urusan menggunakan USD , pastikan kita mempunyai cash dalam USD.
  3. Untuk lihat lain2 guesthouse boleh check di Agoda, booking, atau Trivago. Tidak wajib buat tempahan awal sebab kadang-kadang kita tidak tahu bila kita akan sampai, so walk in pun boleh. Cuma jika harga guesthouse/hostel bawah dari 5 USD kena betul-betul check.(Masuk dan tengok keadaan bilik). Tidak guna jika murah tapi sesak dan kemudahan terhad.
  4. Standby duit local sekurang-kurangnya 2 USD untuk urusan proses passport imegresen. Untuk Malaysia dan ASEAN tiada dikenakan bayaran VISA.!. Pastikan terus berurusan di kaunter imegresen tanpa melalui orang tengah.

Nantikan kemunculan ebook saya Panduan ke 5 Negara Indochina pada bulan 4 ini.

Selamat Mengembara!

Muiz

 

 

Leave a Reply