Travelog Mr Traveller oleh Meor Farid Asyradi

MR TRAVELLER

25 Tahun | 35 Negara | Niat | Minat

SINOPSIS : Buku MR Traveller adalah sebuah sebuah catatan pengembaraan nekad seorang mahasiswa menaiki kereta api seorang diri mengelilingi benua Eropah. Menempuh hampir 10,000 kilometer perjalanan melalui 15 buah negara dengan hanya menggunakan sekeping tiket  sahaja. 50 buah kereta api digunakan dalam masa 15 hari.

Segala bentuk persediaan sebelum pengembaraan sudah diuruskan dengan baik dan rapi. Pelbagai kisah suka dan duka dialaminya ketika dalam perjalanan disulami dengan kisah-kisah ‘throwback’ ketika pengembaraan di negara-negara lain.

ULASAN : Buku Mr Traveller sangat menarik kerana menceritakan pengalaman penulis yang pertama kali mengembara ke negara Eropah dalam masa 15 hari ke 15 NEGARA bukan 35 negara. Dari segi susun atur penceritaan mudah paham kerana penceritaan berdasarkan hari di mana dari satu hari ke satu hari. Di samping itu, penulis juga berkongsi kos pembelanjaan dalam sepanjang pengembaraan.

Cuma gambar agak kurang dalam ‘chapter’ dan kebanyakkan gambar dikongsi pada akhir cerita . Mungkin buku ini lebih fokus kepada kandungan cerita berbanding gambar.

Selain itu penulis juga kongsikan pengembaraannya di India. Kira buku ini 2 dalam 1 ada cerita Eropah dan India.

Bagi yang tidak pernah ke Eropah dan bercita-cita ingin ke Eropah dalam masa 15 hari berbaloi untuk memiliki buku Mr Traveller terutama yang ingin ‘stop by’ sahaja.

Mr Traveller oleh Meor Farid Asyradi

293 total views, 2 views today


Leave a Reply

%d bloggers like this: