Western Food Port Bujang Yang Mesti Anda Cuba

Sejak awal tahun 2000 an Shah Alam semakin terkenal dengan pelbagai restoran dan cafe yang tumbuh bagaikan cendawan. Boleh dikatakan Shah Alam antara tempat yang mempunyai pelbagai jenis makanan dan restoran yang saya sendiri pun tidak ketahui. Ini kerana kepadatan penduduk dan pelajar UiTM Shah Alam menjadi lubuk kepada peniaga-peniaga makanan.

Untuk review kali ini adalah gerai Port Bujang 1.0 di Junction 11. Mengapa nama Port Bujang 1.0? Lupa pulak saya nak tanya tetapi yang saya tahu tempat mereka lepak ini menjadi pilihan geng-geng bujang. Mungkin dari situ timbul idea untuk namakan Port Bujang 1.o dan lokasi ini adalah di Junction 11 di Seksyen 11 Shah Alam.

Untuk pengetahuan anda pengasas kepada Port Bujang 1.o Al Fadli ini mula berniaga di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan satu menu iaitu Hot Dot Bujang.  Kalau ikut dari mula mereka berniaga di UKM, sudah 5 tahun mereka berniaga. Ketika itu menu yang paling laris adalah Hot Dot Bujang Kaw. Kemudian dari situ dikembangkan ke Junction 11.

Junction 11 asalnya adalah stesen minyak Esso yang dipunyai oleh pengusaha sos Aminah Hassan. Setelah sekian lama stesen minyak ini tidak diberoperasi, maka stesen minyak diubah menjadi lokasi medan makan yang terdiri daripada beberapa pengusahan makana seperti Port Bujang 1.0,  Clayport 46 , Warung Is Timur (Sate Madura) dan lain-lain lagi.

Port Bujang 1.0 menyediakan makanan citarasa ala barat (western food) dan  mempunyai 16 menu di mana harga bermula dari RM 5.00 sehingga RM 20.00. Antara menu yang menjadi pilihan orang ramai adalah Hot Dot Bujang.

Hot Dog Bujang Daging Kaw

Sebenarnya saya sudah beberapa kali makan di Port Bujang 1.0 dan menu yang menjadi pilihan saya adalah semua jenis Hot Dot Bujang termasuk , Merah Kuning, Daging Kaw dan Cendawan. Sedap dan berbaloi dengan nilai yang dibayar. Setiap hidang Hot Dog ini disajikan dengan sayur dan kentang goreng yang panas. Persembahan makanan yang cantik dan menyelerakan.

Hot Dog Bujang Cendawan

Bagaimana Pula Dengan Menu Lain :

Ayam Gril

 

Kambing Grill Nasi Goreng
Kambing Grill
Bujang Platters (campuran kentang goreng, wedges keju dan nugget)

 

 

Ini lah chef malam itu. (sepatutnya setiap peniaga restoran wajib pakai topi atau sarung kepala)

 

Ini ruang masakan Port Bujang 1.0

Jika anda ingin mencuba makana western food antara yang terbaik di Shah Alam boleh mencuba di Juction 11 di Port Bujang 1.0.

Untuk maklumat lanjut boleh lihat FB dan Twitter mereka di FB : Port Bujang dan Twitter : portbujang . Jangan korang datang pulak hari Isnin sebab meraka cuti. Bermula dari jam 6.00 petang sehingga 1 pagi.

Untuk Menu selain Port Bujang 1.0 di Junction 11 

a) Claypot 46

Claypot 46 menyediakan masakan Asam Pedas  yang mana menu ini adalah yang dicipta oleh ibu kepada chef tersebut. Untuk masakan Asam Pedas adalah dari Melaka manakala  Masak Lemak Daging Cili Api Daging Salai adalah dari Negeri Sembilan .

Untuk anda biasanya jika saya ke Melaka mesti saya akan cuba Asam Pedas sama ada ikan pari atau ikan kembong. Di Claypot 46 ini menyediakan Asam Pedas Daging Tetel, Pari, Kembong dan Tenggiri. Cuma saya tidak berminat dengan Daging Tetel kerana lemak. Tidak perlu pergi jauh-jauh ke Melaka kerana di sini boleh anda cuba merasai masakan Asam Pedas.

Asam Pedas Ikan Kembong
Masak Lemak Cili Api

Berbanding dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai agak pedas berbanding Asam Pedai. Sebenarnya saya pertama mencuba Masak Lemak Cili Api Daging Salai. Pedas dan masih boleh bertahan lagi dengan tahap kepedasan masakan tersebut.

Setiap hidangan disertakan dengan Nasi Putih dan Telur Asing. Tidak rugi untuk mencuba di Clayport 46.  Untuk set Asam Pedas Berharga RM 8.00 manakala bagi set Masak Lemak Cili Api berharga Rm 7.00

 

Chef sedang sibuk menyediakan makanan

 

b) Warung East Timur

Sate Madura

Warung East Timur menyediakan Sate Ayam dan Kambing dengan kuah kicap yang biasa di makan oleh orang Indonesia berasal dari Madura.

Sate Daging kambing memang rasa lembut dan enak di makan. Set sate ini juga dikenali sebagai Sate Madura. Tidak salah jika kita ingin rasa sate dengan kuah kicap.

Setiap hidangan sate disediakan dengan ketupat nasi serta timun dan bawang. Tidak lupa kuah kicap. Jika kita inginkan kelainan boleh mencuba makan sate di sini .

Air Mangga Susu

Antara minuman yang menarik dan popular sekarang ini adalah Air Mangga Susu seperti Manggo Shake dengan potongan Buah Mangga di atas. Air mangga ini agak unik kerana dicampur dengan Extra Joss. Dengan campuran Extra Joss rasa mangga yang manis ditambah dengan gas berkarbonat.

Air Bandung Cincau

Air Bandung Cincau ini agak manis berbanding dengan Air Mangga Susu. Air bandung ini dengan campuran cincau dan soda menambah lagi kesedapan air ini. Potong cincau yang sederhana menambahkan lagi kesedapan untuk mengunyah cincau.

Saya tidak pasti harganya minuman ini tetapi berbaloi untuk mencuba mencuba kedua-dua minuman ini di Warung East Timur , Junction 11 . Korang boleh tengok lain-lain menu di Facebook Warung East Timur dan INSTAGRAM : warungeastimu

Pening nak mula yang mana

Macam mana geng? Agak- agak nak cuba tak makan di Port Bujang 1.0 ini. Setakat ini saya berpuas hati dengan portion atau saiz makanan yang disediakan.  Setiap hidang ini sudah memadai untuk seorang.

Tempat pun santai dan chill untuk kawan-kawan dan keluarga . Walaupun tempat terbuka tetapi tidak panas kerana kawasan ini berangin dan ditambah dengan kipas angin.

Ruang Luar Junction 11

 

Ruang Dalam Junction 11

Terdapat 2ruang makan di mana satu berbumbung kanvas dan lagi satu di dalam stesen minyak. Kebanyakan peniaga di sini mula berniaga jam 6.00 petang sehingga lewat malam. Hari tu saya datang lebih kurang jam 8.30 malam. Ketika itu tidak ramai pelanggan lagi dan makan cepat lah sampai.

Oleh itu jika anda ingin datang ke sini elok datang antara jam 8.00 – 9.00 malam kerana selepas jam 9 mlm kebanyakan ruang tempat makan semakin terhad dengan pelanggan.  Jangan lupa kalau korang teringin makan makan western food boleh lah mencuba di Port Bujang di Juction 11 Shah Alam.

Kalau korang tidak tahu jugak boleh cari mereka di Facebook : Port Bujang .

Selamat Menjamu Selera

 

Related Post

Leave a Reply